Peluang besar

Peluang besar

Peluang besar
GOBIND (dua dari kanan) menyaksikan majlis pemeteraian MoU antara Ericsson dengan eMooVit Technology, Scania dan SKF Malaysia.

KOMITMEN pelaburan terbaharu berjumlah AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) diumumkan Microsoft mencerminkan potensi digital Malaysia, demikian menurut Kementerian Digital.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Digital berkata, pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft selepas bertapak 32 tahun di Malaysia itu menandakan kejayaan dalam kerjasama berterusan untuk memacu ekonomi digital negara ke hadapan.

“Kementerian Digital mengalu-alukan pengumuman dibuat Microsoft membabitkan pelaburan tunggal terbesar mereka sebanyak AS$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang di Malaysia.



“Sebagai tambahan kepada pelaburan, Kementerian Digital memuji inisiatif Microsoft untuk mencipta peluang kemahiran AI (kecerdasan buatan) untuk dimanfaatkan 200,000 rakyat Malaysia.

“Ia bersama inisiatif AI Odyssey untuk memperkasakan 2,000 pembangun perisian Malaysia dengan memanfaatkan potensi teknologi AI,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Permohonan Lim Guan Eng Untuk Batalkan Tuduhan Rasuah Di Tolak




“Pelaburan ini mengesahkan komitmen Microsoft terhadap pertumbuhan digital Malaysia dan mempamerkan kekuatan perkongsian ini.

“Disokong MDEC, pelaburan Microsoft di Malaysia termasuk penubuhan pusat perkhidmatan perniagaan global dan pembangunan pusat data di lokasi strategik di seluruh negara.

“Microsoft menjadi rakan kongsi utama dalam agenda pendigitalan sektor awam, selepas menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Awan dengan kerajaan pada 2022,” katanya.

Selain itu, Kementerian Digital mengiktiraf kerjasama antara Microsoft dan kerajaan untuk penubuhan Pusat Kecemerlangan AI (COE) kebangsaan dan peningkatan keupayaan keselamatan siber negara.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Permohonan Tengku Zafrul Failkan Afidavit Tambahan Di Tolak Mahkamah


“Tambahan pula, sokongan Microsoft memainkan peranan penting dalam usaha MDEC membina kumpulan bakat teknologi digital mantap, daripada sekolah ke institusi pengajian tinggi dan melatih semula serta meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada bagi memenuhi permintaan industri,” katanya.

Sementara itu, Menteri Digital, Gobind Singh Deo menyifatkan pelaburan besar dibuat Microsoft ke Malaysia bukti keyakinan syarikat asing terhadap negara ini.



“Ini perkara cukup baik dan menunjukkan perhatian global (tertumpu) pada Malaysia sekarang di mana negara dilihat sebagai satu destinasi pelaburan.

“Pelaburan besar seperti ini memerlukan infrastruktur dan jumlah tenaga lengkap dan mencukupi, maka mereka memilih Malaysia untuk melabur kerana kita menyediakan semua ini,” katanya selepas menyaksikan majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara Ericsson dengan eMooVit Technology, Scania dan SKF Malaysia di sini, semalam.

Peluang besar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada cara lain untuk bebaskan Najib – Zahid



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button