Parti ‘orang muda’ Syed Saddiq sukar berjaya, kata Dr M

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad tidak yakin jika parti baru berasaskan orang muda ditubuhkan bekas Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan berjaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Mahathir berkata, walaupun tidak dinafikan Malaysia sebuah negara demokrasi, namun hanya mendapatkan sokongan orang muda sahaja tidak memadai, memandangkan terdapat pelbagai peringkat usia d dalam sesebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

“Saya sangat tidak tahu kenapa dia mahu tubuhkan parti baru, dia hanya ambil orang muda. Namun, saya rasa ia tidak akan sangat berjaya, tidak cukup untuk menang hanya kerana disebabkan sokongan orang muda.



“Dalam mana-mana kawasan, akan ada orang muda dan juga orang tua, kita juga akan menarik perhatian orang muda juga, jika dia hanya menarik orang muda, adalah sukar untuknya berjaya. Tetapi kita adalah negara bebas,” katanya dalam sidang media hari ini.

Bagaimanapun menurut Mahathir, beliau mempunyai hubungan baik dengan Syed Saddiq dan memberitahu tidak ada masalah untuk bekerjasama jika matlamat parti ditubuhkan bekas ahli PPBM itu untuk menghapuskan rasuah.

FMT



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button