MAMPUKAH PKR MENANG LEBIH JIKA DAPAT TAMBAHAN KERUSI?

SUA PKR MERUNGUT DAPAT TAMBAHAN KERUSI SEDIKIT

Perjumpaan Presiden PKR dan Presiden Warisan berkaitan penambahan kerusi untuk PKR tidak seperti yang diharapkan PKR. Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail agak kecewa dengan pembahagian kerusi di Pilihanraya Negeri Sabah.

JUMLAH kerusi yang diperuntukkan untuk ditandingi PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akhir bulan ini sangat kecil,  kata Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail.



“Sangat kecil, sangat kecil, untuk Keadilan (PKR) punya (jumlah kerusi) sangat kecil,” katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Penerangan  Sabah hari ini, semasa ditanya mengenai jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk PKR pada PRN itu – SETIAUSAHA AGUNG PKR

Presiden PKR semasa melancarkan jentera pilihanraya negeri Sabah menyampaikan hasrat beliau agar PKR diberikan tambahan kerusi memandangkan pertambahan 73 Dun selepas persempadanan semula. Pada PRU14, PKR mendapat 8 kerusi DUN Sabah tetapi hanya menang 2 kerusi di Dun Api-Api dan Dun Inanam.

Dijangkakan PRN kali ini sengit kerana melibatkan usahasama antara Pakatan Harapan dan Warisan bersama sekutu mempertahankan kedudukan Shafie Apdal selaku Ketua Menteri Sabah. Pembahagian kerusi antara PH, Warisan dan Gabungan antara yang diperhatikan kerana ini akan menentukan samada menang atau kalahnya Shafie Apdal dalam PRN Sabah.



Rakyat Sabah tentunya ternanti pelaksanaan JANJI oleh Warisan ketika kempen PRU14 dan JANJI PH yang kononnya mahu memberi 20% royalti minyak kepada Sabah. Bagaimanapun PH hanya sempat mentadbir selama 22 bulan apabila Tun Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan berlaku krisis dalaman PH itu sendiri.

Pentadbiran Warisan juga tidak kurang kontroversi sebaik berjaya merampas pentadbiran berikutan ‘Acara Lompat Beramai-ramai’ Adun yang menang atas tiket parti lain tetapi kemudiannya berpindah sokongan kepada Warisan. Kontroversi paling hangat melanda Warisan apabila Shafie Apdal didakwa sudah hilang sokongan oleh Tan Sri Musa Aman yang berjaya mendapat 31 sokongan ADUN Sabah. Rentetan Akaun Bersumpah 31 ADUN Sabah, Shafie mengambil keputusan menghadap TYT Sabah bagi pembubaran Dewan Undangan Sabah.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button