SHOPEE LEBIH BIJAK DARI TIMBALAN MENTERI – SHOPEE BERI SUMBANGAN PADA VEVEONAH
Tatkala dua orang Timbalan Menteri menyuarakan pendapat masing masing berkaitan isu veveonah yang telah tular dimedan media sosial tempoh hari berikutan video yang dipaparkan dihalaman youtube berkaitan dengan capaian internet yang amat teruk sehingga menyebabkan dia terpaksa memanjat pokok untuk menjawab soalan peperiksaan akhir secara online.
Penularan video berkenaan telah mendapat respon banyak pihak terutama nitezen mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dengan mengatakan bahawa penularan video oleh Veveonah itu adalah bersifat publisiti.
Pada masa yang sama, perkara ini telah dinafikan oleh Veveonah sendiri dengan mengatakan bahawa dia sememangnya menduduki peperiksaan secara online pada tarikh tersebut.
Sepatutnya Timbalan Menteri tersebut melihat dari sudut yang lebih luasa lagi dalam isu ini. Bukan mempertikaikan isu tidak mengambil peperiksaan atau pun Veveonah seorang youtuber. Tetapi seharusnya melihat factor kekurangan yang dihadapi oleh Veveonah.
Kontroversi ini bermula apabila Timbalan Menteri Zahidi mendakwa bahawa Veveonah tidak mengambil peperiksaan pada ketika itu tetapi sebaliknya sedang membuat video yang berkaitan youtube.
Dalam isu ini ada pihak yang telah mengambil tindakan membantu Veveonah dengan menyediakan kelengkapan gadjet untuk membolehkan Veveonah dapat menumpukan terdahap pembelajarannya.
Shopee telah mengambil inisiatif untuk membantu Veveonah dalam menyediakan pelbagai keperluan elektronik dan berhadap dengan sumbangan yang disampaikan oleh Shopee itu akan dapat membantunya,
Menurut Shopee Malaysia, ekoran video yang viral baru-baru ini, pihak Shopee Malaysia telah mendakan kunjungan dan menyampaikan sumbangan dalam bentuk computer riba, Handphone, dan banyak lagi.
Sumbangan ini bertujuan untuk membantu Veveonah dalam akademik dan minat beliau dalam bervlogging. Pada masa yang sama, kami turut ingin membantu mempromosikan kempen Shopee Sapot Lokal Bah! di link ini. https://shopee.com.my.
Seharusnya ini yang dilakukan oleh dua orang Timbalan Menteri tersebut dan bukan hanya mengeluarkan kenyataan yang tiada faedahnya.
Justeru itu rakyat melihat dan beranggapan bahawa pemimpin politik dalam Negara ini hanya mementingkan kenyataan dari mengambil tindakan awal atau menyiasat perkara yang sebenarnya dan melihat apa yang sebenarnya berlaku.