NGO BERI PERINGATAN ‘MESRA’ KEPADA DAP

HIMPUNAN AMAN AKAN DILAKUKAN JIKA PENCEROBOH HARAM BERDEGIL

Isu membabitkan penceroboh haram di Raub membuka wajah sebenar sebuah parti politik kepada rakyat Malaysia. Tidak keterlaluan bagi parti tersebut digelarkan sebagai parti cauvinist bila cuba menangguk di air keruh dalam isu membabitkan pencerobohan tanah milik kerajaan negeri di Pahang.

Bandingkan mengapa mereka cuba menjuarai isu di Raub sedangkan mereka berdiam diri berkaitan isu yang hampir sama tetapi membabitkan kaum lain di negeri lain? Jelas sikap ‘Double Standard’ diamalkan mereka bagi memastikan sokongan kekal kuat buat kepentingan parti politik.

Strategi percaturan politik teratur dalam usaha menakluki 3 kerusi utama di teras banjaran Titiwangsa ini telah lama berlegar dalam teori domino. Bentong, Raub dan Cameron Highlands merupakan laluan yang penting dalam memisahkan antara Pantai Timur Malaysia dan Pantai Barat Malaysia. Pada PRU14 melalui Pakatan Harapan, teori ini hampir direalisasikan apabila PH dapat merampas Bentong dari parti memerintah ketika itu dan mengekalkan Raub manakala Cameron Highlands mereka kalah tipis. Jika ketiga-tiga ini dapat dikuasai maka akan bermulalah teori kegelapan kemajuan pantai timur Pahang, Terengganu dan Kelantan. Mujur PH hanya mentadbir selama 22 bulan sahaja.

Menyentuh isu pencerobohan tanah oleh penceroboh haram, kedegilan mereka mematuhi perintah yang dikeluarkan kerajaan negeri telah mencetus kesedaran kepada masyarakat terutama di Raub. Ketegasan kerajaan negeri dalam menangani pencerobohan tanah milik negeri dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk dijadikan modal politik berkepentingan. Sekonyong-konyong mereka (parti politik) tampil mempertahankan penceroboh haram dengan pelbagai alasan dan menyalahkan kerajaan kerana bertindak tegas. Tidak cukup menghantar wakil, mereka turut memberi semangat kepada penceroboh haram agar berdemonstrasi aman membantah tindakan kerajaan negeri malah tular video bagaimana penceroboh haram ini berkonfrantasi dengan pihak berkuasa yang menjalankan tugas menghalang penceroboh haram memasuki kawasan tanah kerajaan negeri.

Melihat situasi yang kian celaru dan menimbulkan salah faham berkaitan undang-undang yang dilaksanakan kerajaan negeri, sebuah NGO bertindak membuat himpunan balas terhadap penceroboh haram serta parti politik yang mencari populariti. Gabungan Pertubuhan Melayu Islam Raub telah membuat himpunan aman di perkarangan Rumah Rehat Raub bagi membantah cubaan parti politik memainkan isu Raub seolah kerajaan negeri bertindak zalim terhadap penceroboh haram ini. Himpunan yang turut disertai Persatuan Veteran Angakatan Tentera Malaysia dan NGO lain telah menyatakan sokongan dan dokongan mereka kepada kerajaan negeri serta tindakan yang dilaksanakan. NGO terbabit juga menyatakan mereka tidak teragak untuk berhimpun lagi dalam skala lebih besar sekiranya parti politik masih memanipulasi tindakan kerajaan negeri. PVATM dalam pada itu mahu kerajaan negeri tidak lagi berunding dan kekal tegas dalam tindakan sepertimana dinyatakan Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

 

Apabila orang Melayu berhimpun menegakkan haknya- kita digelar RASIS.

Apabila orang Melayu bersuara menegakkan agamanya yang diperlekeh- kita digelar TERORIS.

Akhirnya, adakah kita hanya tercegat berpeluk tubuh sahaja?

Adakah kita hanya tunduk dan akur kepada DAP?

Himpunan 3 September baru-baru ini di Raub hanyalah permulaan. Kita tidak teragak-agak untuk berhimpun lagi bagi menegakkan kebenaran.

Jangan sesekali gentar melakukan perkara yang betul. Kerana Allah SWT sentiasa bersama dan merahmati mereka yang berjuang di jalan-NYA. InsyaAllah.” – Fadzli Kamal (Gabungan Pertubuhan Melayu Islam Raub)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *