KACANG TANAH TERSANGKUT DI PARU-PARU

Dubai: Seorang ibu tidak menyangka anak lelakinya berusia dua tahun yang sesak nafas berpunca daripada kacang tanah yang tersangkut pada paru-paru.

Ia dikeluarkan selepas budak itu menjalani prosedur bronkoskopi di sebuah Hospital Medcare, Al Safa di sini.

Gulf News melaporkan, mangsa, Zaeed Quachtooni dibawa ke hospital oleh ibunya, Amani Quachtooni selepas mengalami sesak nafas selama dua hari.



Berkongsi pengalaman itu, Dr Muhammad Jabbr, yang bertugas di Hospital Medcare, Al Safa di sini berkata, ibu mangsa memberitahu anaknya sesak nafas dan mengalami batuk yang teruk selepas makan kacang.

KACANg ditemui di dalam paru-paru kanak-kanak itu. FOTO Agensi
Kacang ditemui di dalam paru-paru kanak-kanak itu. FOTO Agensi

“Mangsa pada mulanya dibawa ke pakar pediatrik oleh ibu bapanya. Pakar terbabit melakukan X-ray pada paru-paru bayi itu, tetapi tidak dapat mengesan apa-apa,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa terbabit kemudian merujuk anak mereka kepada Dr Jabbr.

Dr Jabbr memaklumkan beliau kemudian melakukan pemeriksaan menggunakan prosedur bronkoskopi.



“Prosedur bronkoskopi adalah memasukkan alat khas melalui rongga mulut. Ia melalui kotak suara dan trakea (saluran pernafasan) terus ke bronkus di paru-paru.

“Akhirnya, saya menemui kacang tanah di dalam paru-paru kanan dan mengeluarkannya dari organ itu dan bayi berkenaan pulih pada hari sama,” katanya

Sementara itu, ibu mangsa, Quachtooni berkata, anak keduanya itu gemar makan kacang.

Tetapi, pada hari kejadian, dia menunjukkan reaksi berbeza apabila tersedak dan batuk selepas menelannya.



“Saya cuba melegakannya dengan menepuk badannya dan tidak lama kemudian, dia (Zaeed) nampak tenang.

Namun, esoknya, anaknya demam dan memerlukan paracetamol.

“Ketika saya meletakkan telinga ke dadanya, saya bunyi yang pelik.

“Tanpa berlengah, saya terus membawanya ke unit kecemasan di hospital. Mujurlah kacang itu dapat dikeluarkan dan dia kini dalam keadaan baik.



“Selepas ini, saya tidak akan lagi memberi makanan itu kepadanya,” katanya.

hmetro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button