40 HARI TINGGAL BERSAMA MAYAT ISTERI

Jakarta: Seorang lelaki di Indramayu, Jawa Barat bukan saja tergamak mencekik isterinya hingga mati, tetapi sanggup tinggal bersama mayat isterinya selama 40 hari.

Portal Kompas melaporkan rahsia itu terbongkar selepas penduduk menemui mayat wanita berusia 65 tahun itu yang ditanam di dalam lubang di bawah tempat tidur lelaki itu.

Tindakan itu dilakukan mereka selepas terhidu bau busuk dari rumah suspek yang berusia 70 tahun itu.



Ketua Polis Indramayu, Suhermanto berkata, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan melakukan pembunuhan itu kerana tidak tahan dengan sikap mangsa yang sering meminta wang dengannya.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa ada meminta wang sebanyak 150,000 rupiah RM42) dan mengusir suspek kerana tidak memenuhi permintaannya.

“Motif pembunuhan adalah disebabkan suspek marah terhadap mangsa. Isterinya itu mengusir lelaki itu kerana tidak mempunyai wang.

“Hanya kerana mengikut emosi, suspek mencekik mangsa hingga meninggal dunia. Panik dengan apa yang berlaku, suspek kemudian menggali lubang di bawah katilnya.



“Lelaki itu kemudian menanam mayat mangsa dengan niat untuk menghapuskan bukti.

“Demi mengaburi penduduk setempat, suspek memberitahu mereka yang isterinya bekerja di luar kawasan. Sedangkan mayat wanita berkenaan sudah ditanam di bawah tempat tidurnya,” katanya.

Menurut Suhermanto, susulan kejadian, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bhayangkara Indramayu untuk dibedah siasat.

Katanya, suspek turut disoal siasat tetapi lelaki itu memberi jawapan yang tidak konsisten setiap kali menjawab soalan.



Lima saksi turut dipanggil bagi membantu siasatan.

hmetro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button