PRN SABAH-UNDI WARISAN UNTUK DAP
Rakyat Sabah sudah pastinya bermaruah, mempunyai nilai harga diri yang tinggi dalam memilih kepimpinan tertinggi negeri Sabah. Apakah rakyat Sabah mudah dijual beli dengan retorik politik warisan?
Jawapannya sudah pastinya TIDAK !!, Mengapa persoalan ini ditanya? Ini adalah kerana mungkin sebahagian besar rakyat Sabah tidak sedar bahawa mereka sekarang sedang ditipu secara terangan oleh Shafie Afdal.
Bagaimana penipuan ini berlaku? Sedar atau tidak bahawa Shafie dalam memperkatakan perjuangannya untuk rakyata Sabah secara diam dan tersembunyi meminta sokongan DAP untuk kaum Cina Sabah. Sudah pastinya ada habuan yang dijanjikan untuk mereka.
Dalam pada masa yang sama juga DAP akan menggunakan logo Warisan sebagai lambang untuk bertanding pilihanraya Negeri Sabah. Rakyat Sabah akan menjadi keliru dalam hal ini. Keliru yang bagaimana?
Rakyat Sabah tidak akan tahu dan akan keliru semasa pengundian dijalankan, Apakah mereka sebenar-benarnya mengundi Warisan atau DAP. Mereka hanya melihat lambang sahaja.
Mungkin warga Sabah sudah melihat bagaimana kesilapan 22 bulan yang dilakukan pengundi dimana memberikan kuasa kepada DAP. Bermula rakyat Malaysia yang termaskan hasutan dan fitnah dan mengundi PH yang mana didalamnya terdapat DAP pada PRU14 yang lalu.
Natijahnya amat buruk. DAP dikenali sebagai sebuah parti yang tidak akan mementingkan kaum yang lain selain dari kaum mereka. Apakah rakyat Sabah mahu tertipu dengan keadaan ini. Sudah pastinya tidak.
Sudah pastinya, apa yang berlaku di Putrajaya semasa 22 bulan akan berlaku di Sabah. Rakyat Sabah mampu mengubahnya, jangan biarkan kesilapan yang lalu menjadi beban kepada kehidupan akan datang. Justeru itu rakyat Sabah jangan biarkan perkara ini berlaku. Warisan mesti ditumbangkan secara total.
Jalan keluar dari taktik yang dilakukan oleh pihak Warisan, rakyat Sabah seharusnya memilih sebuah parti yang mereka yakini untuk membela nasib mereka bukan membiarkan mereka dan menarik apa juga bantuan ditangan mereka. Sudah pastinya sebuah parti yang menggunakan lambang dacing iaitu Barisan Nasional.
Rakyat Sabah mahukan sebuah kerajaan dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat. Hanya kerajaan yang diundi oleh rakyat dapat berkhidmat, membantu dan melindungi rakyat dan hak mereka dan bukan sebuah kerajaan yang menipu rakyat Sabah.
UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU
UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU