PRN SABAH- NELAYAN BAGANG JANJI UNDI BN DI USUKAN (Video)
Merintih, mengeluh dan merenung jauh pandangan kelaut, mengenang nasib hidup sebagai nelayan dibawah kerajaan Warisan. Ianya amat berbeza sekali semasa pemerintahan Barisan Nasional satu ketika dahulu dimana banyak bantuan yang disalurkan oleh kerajaan ketika itu.
Sufian Ripin seorang penduduk tempatan yang tinggal di Kampung Ambung merupakan seorang nelayan yang bergantung hidup dengan laut, seorang pengusaha bagang yang mana digunakan untuk menangkap ikan bilis.
Beliau telah mengusahakan bagang sebagai sumber mata pencarian hidup sejak 20 tahun yang lalu. Sebagai menampung hidup hasil dari tangkapan dijual di Pasar Tamu, masyarakat kampung atau ada kalanya terdapat pemborong datang meraih tangkapan.
Sepanjang pemerintahan Warisan segala bentuk bantuan tidak pernah disalurkan, ini sekali gus membebankan para nelayan bilis ketika berlakunya kekurangan hasil tangkapan.
Harapan beliau dalam PRN Sabah pada kali ini agar Salleh Said Keruak akan mencapai kemenangan dan dapat berkhidmat seperti dahulu dengan masyarakat Usukan.
Beliau amat yakin bahawa kemenangan akan dicapai dikampungnya dan dia sendiri berjanji akan memberikan undi kepada Salleh Said Keruak sebagai tanda sokongannya kepada Barisan Nasional dan berharap akan menaikkan ekonomi masyarakat Ambung terutama para nelayan sepertinya.
Jom kita saksikan video dibawah ini.[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=0gnK_KSvymY[/embedyt]