Wanita maut 4WD dipandu terbabas, rempuh pembahagi jalan

Wanita maut 4WD dipandu terbabas, rempuh pembahagi jalan

Wanita maut 4WD dipandu terbabas, rempuh pembahagi jalan
Seorang wanita maut selepas pacuan empat roda dipandu terbabas di Kilometer 381.3 LPT2 hari ini. – Foto ihsan bomba

KUALA BERANG: Seorang wanita maut apabila pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan dan tebing berbukit di Kilometer 381.3 Lebuhraya Pantai Timur ll, (LPT2) dekat sini pagi tadi.

Komander Operasi Husaini Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 10.57 pagi membabitkan kemalangan itu.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah Toyota Hilux dengan pemandunya disahkan maut di lokasi kejadian, manakala tiga penumpang termasuk dua wanita mengalami kecederaan.



“Ketika bomba tiba, semua mangsa termasuk yang meninggal dunia sudah dikeluarkan dengan bantuan orang awam

“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital oleh ambulans, manakala pemandu yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Wanita maut 4WD dipandu terbabas, rempuh pembahagi jalan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Shafee Abdullah layak diangkat sebagai Presiden Majlis Peguam



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button