POLITIK ITU UNTUK PEMIMPIN GILA KUASA DAN JAWATAN DAN BUKAN ITU RAKYAT
Hari ini, melihat scenario politik yang memualkan dengan pelbagai ragam pemimpin yang kebanyakan nya sudah melupakan agenda teras yang acap kali diperkatakan satu ketika dahulu.
Hari ini juga, rakyat melihat segalanya titik bengik kekotoran poilitik yang dihidangkan oleh pemimpin yang tidak pernah rasa puas mengejar jawatan dan kuasa.
Hari ini jua, rakyat bergelumang dengan pelbagai permasalahan yang semakin hari semakin mengancam kehidupan normal sebelum ini.
Semuanya itu dihadapi oleh rakyat dengan penuh sabar walaupun dalam jiwa mereka sudah diselaputi perasaan seperti peribahasa “ Bagai melihat ulat” yang sudah tiada sempadannya lagi.
Sepanjang masa diisi dengan persoalan politik yang tiada penghujungnya. Harapan ditaburkan kepada rakyat. Harapan juga dipalsukan untuk rakyat. Jadi dimanakah seharusnya rakyat berpihak.
Hari ini juga, rakyat seakan telah mengambil keputusan untuk “melacakkan” setiap pemimpin yang dilihat mempunyai agenda yang bukan dari apa yang mereka ucapkan. Persoalannya untuk apa pemimpin yang ada sekarang diwujudkan?
Melihat kenyataan pemimpin yang ada, pemimpin yang dikatakan hebat iaitu Mahathir Mohamad, setiap ucapan dan kenyataannya masih juga menyebut nama Dato Seri Najib sebagai bahan dalam setiap kata katanya.
Mahathir terus memuatkan nama Najib dalam pelbagai bentuk kesalahan, Mahathir terus mengeluarkan kenyataan untuk menerangkan bahawa apa yang berlaku dalam Negara sekarang ini adalah berpunca dari kesalahan Dato Seri Najib.
Rakyat melihat, Mahathir seperti “Cina Hilang Batu Kati” yang mana sedaya upaya untuk menegakkan benang yang basah dan kelihatannya amat takut apa yang sedang berlaku sekarang ditunjalkan kepada dirinya.
Walaupun demikian, rakyat sudah menilai semuanya, rakyat tahu siapa dalang atas semua kejadian yang berlaku.
Kebanyakan hantaran Mahathir sekarang banyak menyentuh Dato Seri Najib dan yang terbaru bertajuk “ Saya tidak maafkan Najib”- Melalui tajuk sahaja kita sudah dapat mengesan tujuannya. Sedangkan rakyat tahu apa yang berlaku.
Mahathir Mohamad. seperti biasa berhujah itu ini dalam menegakkan kebenaran. Masih adakah yang mahu percaya? Siapa akan peduli, mungkin dikalangan pemimpin yang mempunyai kepentingan sahaja.
PRN Sabah telah berakhir, hasil dari PRN tersebut ialah tumbangnya sebuah kapal Warisan tetapi sauhnya masih ada ditangan PPBM yang diketuai oleh Muhyiddin. Warisan yang dikatakan karam sekali pun , namun tetap akan timbul dan nakhodanya tetap selamat.
Perkara yang menjadi masalahnya bukan Warisan tetapi kepada UMNO/ BN serta PAS yang berada dalam muafakat Nasional. PAS pula sudah bertapak dengan Perikatan Nasional.
Masalah yang dihadapi ini bukan sahaja kerana kedudukan PAS, Paling besar ialah bila ada pemimpin BN UMNO yang sudah jadi jurucakap Perikatan Nasional dan menikam UMNO/BN secara terangan. Apakah Bn/UMNO akan sendirian selepas ini walaupun memiliki kerusi terbanyak dalam menyatakan sokongan terhadap PN.
Sedangkan pada masa yang sama BN/UMNO terus dijadikan pak turut tanpa kuasa majoriti kerusi yang dimilikinya. Muhyiddin menjerat pemimpin BN dengan jawatan. Perangkap yang dipasang sudah mengena. BN terikat kaki dan tangan.
Hasil yang kedua ialah bila mana peningkatan penyebaran covid 19 selepas PRN Sabah. Peningkatan yang menjurus kepada 3 angka dan dalam hal ini serangan psychology dihalakan kepada kerajaan kerana bersetuju mengadakan PRN Sabah.
Sedangkan persetujuan untuk membubarkan DUN Sabah dibuat oleh Warisan. Peningkatan covid 19 ini amar mengusarkan pihak Kementerian kesihatan. Apakah PKP akan dilaksanakan semula.
Jika dilaksanakan apakah nasib rakyat? Peniaga kecil, masyarakat yang tiada pendapatan bulanan, mereka ini akan terjejas teruk. Bagi yang bekerja pula mungkin akan berlaku pemecatan. Begitu juga dengan anak anak yang bersekolah termasuk mahasiswa.
Kadang kala rakyat melihat sikap sesetengah pemimpin yang mana dilihat seperti kebal covid 10. Mereka langgar SOP yang ditetapkan tanpa tindakan, Sedangkan dipihak rakyat hukuman dijalankan serta merta apa bila berlaku perlanggran SOP.
Bantuan pula, bukan semua rakyat dapat menikmatinya, syarat keras dibuat, kaedah yang dibuat kerajaan seperti “main Tarik tali” – Tindakannya seperti mahu membantu tetapi tidak membantu kepada kumpulan sasar.
Mungkin pada mereka yang kaya, banyak wang dan kemudahan tidak terkesan, tetapi bagi rakyat yang tidak mempunyai apa apa tanpa bantuan kewangan sudah pastinya gelisah untuk menghadapi situasi ini.
Kerana sikap kita ini lah, penularan berlaku, fronliner bergadai nyawa, ada yang terkorban akibat terkena jangkitan. Pemimpin hanya bercakap dan menyuruh rakyat bersabar. Bagaimana untuk bersabar jika segalanya tiada.
Rakyat sudah muak bersabar, Rakyat sudah muak mendengar celoteh pemimpin, rakyat sudah muak segalanya dipolitikkan. Kerana kuasa segalanya terabai dan di pijak tanpa memikirkan apa rakyat akan tanggung kesan tindakan mereka.