SIAPAKAH YANG MENANG DALAM POLITIK BANGSA MELAYU?
Jika kita kaji sejarah perpecahan bangsa yang berlaku diserata dunia semua agenda ini berhubung kait dengan penglibatan yang mengejar tampuk kuasa dan kuasa manopolili dalam banyak perkara. Perpecahan yang tiada kunjung kesudahannya.
Bukan itu sahaja, perpecahan ini dilakukan sehingga ada Negara terpecah dua dan pembahagian yang meninggalkan kesan luka yang amat dalam terhadap bangsa pribumi dalam Negara tersebut.
Semua ini disebabkan fahaman politik dan pendekatan yang salah serta terpengaruh dengan agenda luar sehingga bangsa sendiri tergadai. Pengadaian bangsa disebabkan kepentingan agenda sendiri dan sanggup memecahkan perpaduan bangsa sendiri.
Parti politik itu hanyalah alat sahaja dan bukan matlamat. Masyarakat Melayu kena bijak berpolitik. Jangan sampai parti yang menjadi alat dan pada kedudukan kedua itu mengambil kedudukan politik. Sepatutnya politik yang di depan bukannya parti.
Meletakkan parti sebagai matlamat utama selalu mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat. Natijahnya, ketika orang dan bangsa lain bijak berpolitik dan memperoleh pelbagai manfaat daripadanya, kita bangsa Melayu gagal memahami realiti politik dan melihat atas kehebatan nama parti sahaja dan tetap membiarkan bangsa sendiri berada dibawah dalam kemiskinan.
Bagi mereka yang mendakwa Malaysia ini sangat teruk, tunjukkan bukti supaya kita berlaku adil. Janganlah disebabkan satu perkara yang tidak baik, kita buat kesimpulan semuanya tak elok. Jangan kerana sesuatu kesilapan, kita buat kesimpulan, semua yang kerajaan buat tidak baik. Semuanya salah.
Sebelum PRU14 kita telah dihidangkan dengan berbagai isu tidak masuk akal yang dimomokkan kepada generasi muda yang baru berjinak dengan politik. Mereka ini dijadikan senjata untuk merealisasikan agenda politik yang beragenda jahat.
Ketika ini berbagai hasutan dan fitnah dilontarkan dan terus memecahkan perpaduan serta kekuatan bangsa dengan fahaman politik yang berbeza. Kita masih lagi boleh bersyukur apabila kita masih bukan ketahap perperangan saudara atau sebangsa. Sesungguhnya Melayu tidak pernah belajar dari sejarah silam.
Jika diterjemahkan dalam senario politik Malaysia, banyak perkara yang kita temui bersamaan dengan gelagat kajian politik untuk menciptakan masyarakat politik yang demokratik dalam acuan berat sebelah.
Corak acuan politik yang diperjuangkan selepas Pilihan Raya Umum 2008 ialah “menukarkan kerajaan” sehingga matlamat tercapai pada 2018 atas alasan sejarah penguasaan Barisan Nasional yang berpaksikan perkongsian kuasa perlu ditamatkan dalam apa cara sekali pun.
Akibat terlalu menekankan kepentingan politik, Melayu semakin berpecah. Perpecahan Melayu terus berlaku sehingga kita dapat melihat terdapt 6 kelompok politik Melayu. Perpecahan yang nyata berlaku pada 1987/88 bagaimana kerakusan untuk berkuasa berlaku dan diteruskan sehingga bangsa Melayu semakin hancur.
Perpecahan terus dilakukan secara drastic sehingga menyebabkan politik bangsa Melayu terpecah kepada 6 parti politik yang berbagai agenda. Tetapi dimana kedudukan bangsa Melayu dalam perjuangan mereka? Bnagsa Melayu tetap dibawah paras kemiskinan, tetapi politikus berada diatas kayangan.
Kita imbas pada tahun 1998, UMNO sekali lagi mengalami perpecahan apabila Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Pemecatan Anwar Ibrahim menyebabkan segelintir penyokongnya menganggotai PAS.
Manakala sebahagian besar menubuhkan Parti Keadilan Nasional, dan kemudiannya kekal dengan nama Parti Keadilan Rakyat selepas ikut bergabung dengan Parti Sosialis Malaysia. PKR kekal hingga sekarang dan terus menjadi pencabar kepada UMNO dan PAS.
Sepatutnya, orang Melayu boleh bersatu atas prinsip dan ketetapan Islam. Kegusaran politik telah menyebabkan orang Melayu sukar untuk disatukan walaupun mempunyai kiblat yang sama. Ini lah yang sedang berlaku sekarang dimana resapan ideology yang akan memusnahkan bangsa , adat warisan sesuatu bangsa.
Suasana perpecahan Melayu-Islam akibat perbezaan politik telah menyebabkan banyak perkara yang sebelum ini tidak dibahaskan secara terbuka semakin dipersoalkan. Usaha untuk mempersendakan Islam terus dilakukan, kerana ramai yang sedar apabila orang Melayu terus mengamalkan Islam, kekuatan mereka tidak akan tergugat.
Bagaimanapun, segelintir orang Melayu turut mempersoalkan mengenai beberapa status quo dan dasar yang dianggap sebagai sebahagian daripada keistimewaan orang Melayu yang dimenteraikan dalam Perlembagaan. Bila keadaan ini berlaku, sekali gus bangsa lain cuba mencari ruang untuk bersuara atas perkara yang sama.
Hakikatnya memang pedih, sebagai contoh dalam situasi orang Melayu Singapura sebagai kumpulan minoriti di Singapura, kita boleh memahami dasar meritokrasi telah menyebabkan orang Melayu terpinggir.Tetapi, dalam keadaan orang Melayu berada dalam kelompok majoriti di Malaysia, secara realitinya orang Melayu masih lagi terpinggir, dimanakah parti politik yang dikatakan berjuang untuk bangsa Melayu?
Usaha untuk “melupuskan sejarah orang Melayu di Pulau Pinang” misalnya telah membangunkan satu perspektif yang songsang kepada sejarah. Ertinya, ungkapan bahawa “sejarah ditulis oleh mereka yang menang” seolah-olah sedang direkayasakan oleh parti yang memerintah Pulau Pinang.
Perlu diperbetulkan etika politik orang Melayu-Islam, jangan kerana marahkan nyamuk kelambu akan dibakar. Kerana yang kalah menaburkan fitnah dan tidak berusaha memahami kelemahan sendiri, lebih gemar melakarkan persepsi bayangan yang jauh daripada kebenaran.
Apakah Melayu masih tidak membuka mata lagi tatkala musuh musuh politik dan bangsa menyelinap masuk kedalam minda orang Melayu serta menjanjikan bulan dan bintang dan akhirnya hanya lubang liang lahat bangsa Melayu disediakan.
Sejarah tidak berbohong seharusnya orang Melayu mengambil iktibar dari sejarah Korea. Perang Korea meninggalkan trauma psikologi yang cukup besar ke atas bangsa Korea: abang berperang dengan adik, suami berpisah dengan isteri.
Siapakah yang menang dalam politik bangsa Melayu?