MB SELANGOR LANGGAR KUARANTIN, EXCO PH PEMALAS?

LANGGAR KUARANTIN KERANA EXCO TIDAK LAYAK?

Menteri Besar Selangor melanggar perintah kuarantin diri apabila ‘terpaksa’ keluar dari kurantin bagi menyelesaikan isu air di Selangor. Dalam facebook rasmi MB Selangor turut menyatakan beliau mengambil langkah berjaga-jaga dengan pemakaian ‘facemask’ dan ‘face sheild’ untuk berurusan.

Mana Exco Selangor?



Tindakan Amiruddin Shari menimbulkan persoalan dimanakah Exco yang beliau lantik dalam kerajaan Selangor tatkala negeri berdepan krisis pencemaran air yang menjejaskan bekalan air Selangor? Exco dibayar gaji yang agak tinggi menggunakan wang rakyat tetapi apabila timbul krisis sebegini, MB terpaksa melanggar kuarantin untuk selesaikan masalah?

Apa guna Exco ribuan ringgit jika tidak mampu membantu MB dan rakyat Selangor? Umum tahu barisan Exco Selangor merupakan ahli Pakatan Harapan dan mereka tidak selari dengan Kerajaan Persekutuan setelah PH tumbang akhir Februari lalu.

Kepincangan pentadbiran Selangor semakin jelas apabila Amirudin kelihatan seperti ‘One Man Show’ bagi menangani krisis terbaru ini. Rakyat Selangor perlu tahu kemana wang mereka dibelanjakan dan apa khidmat yang disediakan kerajaan negeri berserta barisan Exco Negeri yang sepatutnya membantu mereka.

Nampaknya Rakyat Selangor terus dibuai retorik dan mereka hanya akan menampakkan marah ketika berlaku krisis bekalan air. Selepas segalanya selesai rakyat Selangor akan melupakan kemarahan dan kembali menyanjung PH sebagai sebuah kerajaan.



Sehingga bila mahu menutup mata kelemahan pentadbiran PH di Selangor? Kuasa terletak di tangan pengundi Selangor dan merekalah yang mencorakkan tatacara pentadbiran Selangor sendiri. Jika masih memilih PH, maka eloklah bersedia dengan tong air yang lebih besar dan bersedia untuk ‘Bersenam’ mengangkat air naik ke rumah pangsa sendiri apabila berlaku krisis air.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button