20 Tempat Makan Best Di Puchong (Senarai TERKINI)

Puchong terletak di daerah Petaling. Walaupun ramai yang beranggapan Puchong adalah tempat perindustrian, namun terdapat juga tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi di sini.

Selain daripada IOI Mall yang agak popular di Puchong ini, terdapat juga Kawasan untuk anda melakukan aktiviti rekreasi di Bukit Puchong. Malah terdapat air terjun Blue Lagoon di sini.

Dan pastinya, tempat makan yang best-best adalah carian utama jika anda ke sesuatu tempat. Jadi, di sini kami senaraikan 20 tempat makan best di sekitar Puchong.

#1 Restoran Mohd Adam Ali

Restoran Mohd Adam Ali



Imej via foursquare

Restoran masakan Cina yang halal ini terkenal di Puchong. Cubalah apa saja aneka mi dan aneka nasi dari menu mereka, semuanya menyelerakan. Namun, ada pelanggan yang memuji makanan tertentu mereka seperti Nestum Butter Prawn, Wet Butter Chicken Chop, dan Asam Pedas Ikan.

Ruang kedainya luas dan bersih, sesuai untuk membawa ahli keluarga atau datang bersama rakan-rakan. Surau juga disediakan bagi pelanggan beragama Islam yang mahu menunaikan solat sementara menunggu makanan siap.

Alamat: 24G & 22G, Jalan Puteri 5/1, Bandar Puteri, 47100 Puchong



Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (1130am – 1030pm), ditutup pada hari Ahad

#2 Warung Cikgu

Warung Cikgu

Imej via foursquare

Kedai masakan Melayu yang sedap dengan harga murah. Inilah kelebihan Warung Cikgu. Lebih-lebih lagi bila hidangan anda dilengkapi dengan air kelapa. Turut ada di dalam menu adalah Nasi Kukus, Nasi Kak Wok dan Nasi Memanggey.



Nasi Memanggey memang banyak menerima pujian pelanggan. Ramai yang mengesyorkannya. Nasi Kak Wok juga diminati pelanggan sehingga anda mungkin terpaksa menunggu beberapa lama bersama-sama pelanggan yang lain.

Alamat: 1, Jalan BP 6/7, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong

Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 10pm)

#3 Bumbu Bali

Bumbu Bali



Imej via foursquare

Sebagaimana namanya, Bumbu Bali menyediakan masakan Bali. Ada banyak makanan yang sedap boleh dipilih pelanggan. Mereka turut menyediakan set untuk pelanggan yang datang dalam kumpulan pada harga berpatutan. Suasana restoran ini amat mendamaikan dan romantik juga.

Kerana itulah ada pelanggan yang membawa orang tersayang untuk menyambut hari istimewa mereka di sini. Dijemput untuk mencuba makan makanan yang dihidangkan dengan menarik dan membangkitkan selera sesiapa jua yang melihatnya.

Alamat: Lot 18 & 18-1, Jalan Persiaran Puteri 1, Bandar Puteri, 47100 Puchong



Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 11pm)

#4 Restoren Hasbuna

Restoran Hasbuna

Imej via foursquare

Restoran ini menjual pelbagai masakan tempatan atau lebih mudah disebut sebagai restoran mamak. Jadi, anda boleh jangkakan aneka roti dan nasi kandar di dalam menu mereka. Tetapi, hidangan yang paling terkenal di sini sebenarnya ialah Satay Car Junk yang mana jarang ditemui di mana-mana restoran seumpamanya. Sate ini terdiri daripada 3 pilihan daging iaitu daging ayam, lembu dan kambing. Sate ini nampak ringkas tapi sedap. Menurut sebahagian pelanggan, ia boleh dikatakan yang terbaik di Puchong.



Alamat: Jalan Wawasan 2/21, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong

Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 11pm)

 

#5 Restoran Patin Place

Restoran Patin Place

Imej via foursquare

Namanya Patin. Jadi, sudah tentulah masakan istimewa mereka berasaskan patin. Gulai Tempoyak Ikan Patin boleh dimakan dengan nasi pandan atau nasi lemak mereka.

Selain Gulai Tempoyak, mereka juga masak ikan dengan Butter Milk, dikukus dan dibakar. Oleh itu, jika anda peminat ikan patin, terus datang ke sini dan pilih masakan apa yang anda suka.

Alamat: 31, Jalan BPU 5, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong

Waktu Operasi: Setiap hari (1030am – 11pm)

 

#6 Restoran Embun Urai

Restoran Embun Urai

Imej via foursquare

Tom Yam Kelapa Muda adalah antara menu istimewa yang boleh ditemui di sini. Selain itu, ada aiskrim kelapa yang melihatnya sahaja sudah cukup membangkitkan selera. Sedap dan harga berpatutan, Embun Urai merupakan restoran pilihan keluarga. Masakan Melayu dan Thailand betul-betul satu kelebihan. Mereka juga menyediakan makanan laut seperti Udang Bercili dan Kari Ketam. Susah hendak mengelak daripada mencuba semua makanan ini.

Alamat: 8232, Jalan Tasik Prima 5/1, Prima Biz Hub, 47150 Puchong

Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 12am)

#7 Rafa Seafood

Rafa Seafood

Imej via foursquare

Satu lagi tempat untuk makan makanan Thai. Ia sentiasa dipenuhi pelanggan. Malah, pernah dikunjungi selebriti juga. Cuba Nasi Phadkapao, kerabu kaki ayam dan Somtam. Boleh juga cuba yang ringkas seperti kerabu Maggie atau yang paling terkenal iaitu Siakap Stim Limau. Rafa Seafood turut menjual makanan barat seperti Chicken Chop, Lamb Chop, dan Chicken Grill. Rafa juga ada kuih-muih untuk melengkapkan lagi hidangan anda.

Alamat: Gerai UPENS, 47100 Puchong

Waktu Operasi: Setiap hari (430pm – 230am)

#8 Restoran Tuan Faridah

Restoran Tuan Faridah

Imej via foursquare

Siapa nak makan ayam kampung? Restoran Tuan Faridah ada menjualnya di restoran mereka dan ia memang lauk yang selalu dicari-cari pelanggan.

Ia selalu digandingkan dengan masakan Melayu lain yang ada di sini. Kerana pilihan lauknya yang banyak termasuk ulam-ulaman, ia sering sesak dengan pelanggan semasa waktu makan tengah hari. Ketika waktu puncak, makanan pun cepat habis. Tapi, diulangi sekali lagi, jika anda teringin makan ayam kampung, bergegaslah ke sini.

Alamat: No.61, Jalan BP 6/7, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong

Waktu Operasi: Ahad – Khamis (10am – 4pm), ditutup pada hari Jumaat

 

#9 myBurgerLab

myBurgerLab

Imej via foursquare

myBurgerLab bukan nama yang asing bagi peminat burger. Ia sudah banyak tersiar dalam media elektronik dan media cetak. Roti ban hitam menjadi identiti burger mereka. Ada beraneka burger termasuk khas buat vegetarian. Selain itu, terdapat juga hidangan sampingan seperti cendawan goreng dan kepak ayam madu. Restorannya selesa, bersih dan kemas, layanan pekerja yang bagus dan sudah tentu makanan yang sedap. Sangat berbaloi untuk datang makan di sini.

Alamat: 3, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (11am – 1015pm) | Sabtu – Ahad (11am – 4pm, 5pm – 1015pm) | Ditutup pada hari Isnin

 

#10 Anggrek Kuring

Anggrek Kuring

Imej via foursquare

Kru Jalan-Jalan Cari Makan pernah singgah ke sini. Restoran masakan Sunda iaitu bahagian tengah Jawa ini sudah ditubuhkan sejak tahun 2007. Malah, hiasan dalamannya juga dibawa dari Indonesia. Jadi, bagi anda yang ingin cuba masakan Sunda, singgah di sini dan alami sendiri pengalaman makan makanan mereka.

Alamat: 30-1, Jalan Puteri ¼, Bandar Puteri, 47100 Puchong

Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 10pm)

#11 Rio Grill House

Rio Grill House

Imej via foursquare

Masakan tempatan dan barat bergabung di dalam menu di Rio Grill House. Nikmati hidangan seperti Percik Chicken Grill, Grilled Lemon Chicken, Salted Egg Yolk Prawn Creamy Pasta, Cream Chicken Mushroom Pasta, Laksa Sarawak, dan banyak lagi.

Atau jika anda keliru mahu ayam atau daging, pilih saja Chicken & Lamb Grill yang dihidang dalam satu pinggan bersama-sama. Ramai pelanggan menyukai menu di Rio Grill House. Makanannya sedap, suasananya bagus, layanan yang baik dan harga juga berpatutan

Alamat: No.5, Jalan Putra Perdana 3/1, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong

Waktu Operasi: Setiap hari (4pm – 11pm)

#12 Jumbo Restaurant & Catering

Jumbo Restaurant & Catering

Imej via Facebook

Di sini anda boleh makan makanan yang dihidangkan di atas daun pisang. Inilah keunikan apabila anda makan di Restoran Jumbo yang pakar dalam masakan India Selatan.

Set nasi di atas daun pisang boleh didapati pada harga bermula dengan RM7. Jumbo Restaurant memastikan yang bahan-bahan untuk masakan mereka adalah yang segar bagi menghasilkan makanan yang berkualiti. Hasilnya, ramai pelanggan menggemari masakan mereka.

Alamat: No.47, Jalan 23, Taman Bukit Kuchai Batu 8, 47100 Puchong

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (11am – 3pm), ditutup pada hari Isnin

#13 Papa Zolla Western Food

Papa Zolla Western Food

Imej via Facebook

Namanya mengingatkan pelanggan kepada watak Papa Zola dalam siri animasi terkenal Boboiboy. Papa Zolla khusus dalam masakan Barat dengan inovasi tempatan. Jadi, anda boleh mendapat hidangan Barat yang unik seperti Salted Egg Chicken Chop, Rice and Lamb Grilled, dan Grilled Chicken Chop Double Cheese with Sausage. Jangan lupa juga minuman mereka yang sedap-sedap seperti Horlick Tabor Papazolla dan Milo Monster Ice Blended. Cepat ke sini untuk mencuba!

Alamat: Uptown Bazaar Heritage Puchong Permai, Taman Puchong Permai, 47120 Puchong

Waktu Operasi: Setiap hari (630pm – 1am)

#14 Ar-Raudhah

Imej via Facebook

Ar-Raudhah kaya dengan pelbagai makanan dalam menu mereka. Bubur, Nasi Impit, Soto, Lontong, Bakso, Nasi Ayam Cincang Kung, Sup Ekor, dan banyak lagi. Anda boleh makan semua ini bermula pagi sebagai sarapan. Mereka juga ada shell out. Namun, Shell out hanya bermula jam 5 petang. Walaupun begitu, ramai pelanggan yang datang untuk shell out yang boleh didapati dengan harga RM25 untuk 2 orang. Ar-Raudhah turut berbangga dengan keistimewaan Nasi Ayam Hainan mereka yang direbus dengan 3 herba Cina dan dipanggang dengan dapur Apollo bagi memastikan ayam tidak berminyak.

Alamat: Jalan Persiaran Taman Tasik Prima 3, Taman Tasik Prima, 47150 Puchong (di sebelah KFC Tasik Prima)

Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 12pm)

#15 ASAP Steamboat & Grill

ASAP Steamboat & Grill

Imej via foursquare

Suasana dan susun atur mejanya menarik. Ia perkara pertama yang mendapat pujian pelanggan. Begitu juga dengan ruang meletak kereta. ASAP Steamboat & Grill menyediakan pelbagai pilihan makanan laut. Steamboat datang dengan dua pilihan kuah iaitu Tom Yam dan Kari. Tom Yam sering menjadi pilihan pelanggan yang datang ke sini. Terdapat juga banyak pilihan pencuci mulut. ASAP Steamboat & Grill tidak menggalakkan pembaziran makanan. Oleh itu, pelanggan perlu membayar RM20 untuk setiap 100g makanan yang tidak dihabiskan.

Alamat: 94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 47100 Puchong

Waktu Operasi: Setiap hari (6pm – 12am)

#16 Restoran Alissara

Restoran Alissara

Imej via foursquare

Masakan Thai yang menjadi hidangan utama mereka di sini memang antara yang terbaik. Ikan Siakap Kukus dan Miang Kam adalah yang sering disyorkan pelanggan. Jika anda mahu hidangan selain daripada yang disyorkan, cuba tom yam, nasi goreng Thai, Ikan Masin Kailan dan banyak lagi dalam menu mereka. Harga makanannya berpatutan walaupun sesetengah pelanggan meletakkan ia dalam kategori mahal. Apa pun, makan di sini tidak akan mengecewakan.

Alamat: 1, Jalan Indah 3/2, Taman Puchong Indah, 47100 Puchong

Waktu Operasi: Setiap hari (530pm – 130am)

#17 Willy Satay

Willy Satay

Imej via foursquare

Ini merupakan satu lagi cawangan Willy Satay selain yang berada di Kajang. Nama Willy Satay semakin mendapat tempat di hati penduduk sekitarnya. Sate yang ada di sini adalah sate ayam, sate daging, sate perut, dan sate kambing. Harganya bermula dari RM1 sehingga RM1.70 secucuk. Nasi impit dijual dengan harga RM1 untuk digandingkan dengan kuah kacang yang selalu dipuji pelanggan. Selain itu, mereka juga ada nasi lemak kukus dengan pilihan tiga jenis lauk iaitu ayam berempah, telur goreng, dan telur rebus. Harganya cuma RM5 sahaja.

Alamat: Jalan BP 7, Bandar Bukit, 47100 Puchong

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (530pm – 1130pm), ditutup pada hari Isnin

#18 Resepi Atok Café

Resepi Atok Café

Imej via foursquare

Dari namanya, ia seperti restoran yang menghidangkan makanan Melayu atau tempatan. Tapi, Resepi Atok Café sebenarnya menghidangkan masakan barat. Ramai pelanggan ia dihidangkan dengan ringkas, sedap tapi pada harga yang murah. Chicken Chop, Lamb Chop, semua ini digemari pelanggan.

Tambahan pula, bebola dagingnya besar dan sedap juga. Resepi Atok Café juga ada kambing bakar jika ayam dan daging bukan dalam keinginan anda. Resepi Atok Café turut menyediakan tempahan makanan untuk majlis-majlis keraian tertentu.

Alamat: Jalan PU 7/4, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong

Waktu Operasi: Rabu – Jumaat (6pm – 12am) | Sabtu – Isnin (630pm – 12am), ditutup pada hari Selasa

#19 Sup Meletop

Sup Meletop

Imej via foursquare

Sup Meletop memang ada sup yang ‘meletup’. Gerai makan di tepi jalan ini bukanlah yang terbaik dalam dekorasinya tapi cukup selesa sebagai lokasi makan.

Tambahan pula, pelanggan yang ke sini datang untuk mengejar supnya yang terkenal dan murah. Biasanya sup digandingkan dengan aneka nasi goreng seperti nasi goreng ayam, nasi goreng cabai, dan nasi goreng kampung. Jika tak tahu hendak memilih nasi goreng, cuba nasi goreng cabai yang sering disyorkan pelanggan. Disebabkan kualiti sup dan nasi goreng, tempat ini sering sesak dengan pelanggan.

Alamat: Jalan Kinrara 1, Bandar Kinrara 1, 47180 Puchong

Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 12am)

#20 Restoran Asri Seafood

Restoran Asri Seafood

Imej via placesmap

Ikan Bawal Masam Manis, Sup Perut, dan banyak lagi makanan laut dengan gaya masakan Thai yang boleh dipilih di sini. Mereka juga ada sate. Tempatnya selesa, makanan sedap dan harganya pula murah. Apa yang lebih menarik di Restoran Asri Seafood adalah anda boleh tapau makanan dengan menggunakan kemudahan pandu lalu yang disediakan di sini. Jadi, ramai pelanggan yang tidak dapat makan di restoran ini memilih untuk menggunakan kemudahan itu.

Alamat: No.2, Jalan BK 5B/3, Bandar Kinrara, 47180 Puchong

Waktu Operasi: Setiap hari (5pm – 11pm)

Kesimpulan

Anda suka kedai makan yang mana? Atau anda ada cadangan tambahan lain? Jangan lupa untuk memberi cadangan tempat makan best di Puchong yang lain untuk kami masukkan dalam senarai ini.

Oh, yang penting jangan lupa share artikel ini ya.

Selain tempat makan best di Puchong, kami juga mempunyai artikel tempat makan menarik yang lain untuk anda baca.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button