MB SELANGOR ‘KEBAL’ DARI UNDANG-UNDANG ATAU MEMANG WUJUD ‘DOUBLE STANDARD TAPE’?
LANGGAR KUARANTIN, APA TINDAKAN TERHADAP MB SELANGOR?
Tindakan MB Selangor melanggar arahan kuarantin dilihat sebagai satu ‘pencabulan’ terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan. Sehingga kini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap beliau kerana melanggar arahan kuarantin.
Adakah ini bermaksud kedudukan MB Selangor berada diatas daripada Undang-Undang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), KKM dan sebagainya? Rakyat memerhati dan menilai bagaimana tindakan terhadap mereka yang bergelar ‘Orang Biasa’ diambil dengan sangat cepat tetapi bagi ‘Orang Politik’ akan wujud alasan bagi mengelakkan tindakan dikenakan.
Perkara ini turut dijadikan lelucon oleh artis yang menaikmuat video mengenai ‘Double Standard Tape’ di YouTube. Secara sinis artis tersebut memerli kerajaan dan tindakan terhadap mereka yang dikategorikan sebagai ‘Vip’ dan rakyat biasa.
Netizen juga mendesak agar MB Selangor dikenakan tindakan sesuai dengan Undang-Undang memandangkan beliau sendiri mengakui melanggar arahan kuarantin.
MAHATHIR DAN ANWAR BERKONGSI SIFAT SAMA ‘GILA KUASA’