Polis siasat kes lelaki minta perlahankan azan di Butterworth
Polis siasat kes lelaki minta perlahankan azan di Butterworth

KEPALA BATAS: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang lelaki yang meminta laungan azan diperlahankan kerana mendakwa ia terlalu kuat sehingga mengganggu penduduk sekitar di Sungai Puyu, Butterworth dekat sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan Siti Nor Salawati Saad, berkata susulan laporan itu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.
“Pihak polis mengesan melalui media sosial hari ini berhubung penyebaran menuntut masyarakat Islam memberi sokongan dan bantahan berkaitan isu pembesar suara laungan azan di Sungai Puyu, Butterworth dalam daerah SPU.
“Sebelum ini, pada 28 Jun satu laporan polis dibuat seorang penduduk tempatan berkaitan tindakan seorang lelaki tempatan yang tidak dikenali, memintanya memperlahankan laungan azan kerana mendakwa terlalu kuat sehingga mengganggu penduduk sekitar,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mensensasikan atau membuat provokasi kemarahan yang boleh menimbulkan isu perkauman atau kegusaran awam.
Katanya polis juga boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – BERNAMA
Polis siasat kes lelaki minta perlahankan azan di Butterworth
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri
- Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
- 17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :