11 Tempat Makan Best Di Shah Alam
Kali ini kami ingin kongsikan 11 lagi tempat makan best di Shah Alam yang patut anda cuba. Ya, seperti artikel yang telah dikongsikan sebelum ini. Artikel itu telah berjaya menjadi bualan ramai orang. Di ruangan komen, kami dapat lihat pelbagai lagi senarai tempat makan menarik telah dikongsi.
Jadi kali ini sebuah lagi artikel tentang tempat makan menarik dan best di Shah Alam ditulis sekali lagi.Tetapi kali ini bukannya daripada kami, ianya datangd aripada pembaca. Semoga artikel ini membantu buat anda yang gemar mencari dan mencuba maknanan.
#1 Restoran Zam Zam Arabic
Jalan Tengku Ampuan Zabedah G 9/G (Seksyen 9), 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Restoran Zam Zam ini menyediakan masakan arab yang boleh dikatakan adalah terbaik di Shah Alam. Keadaan dan hiasan dalam juga menarik dan selesa. Pendek kata, sesuai untuk mereka yang mahukan suasana yang kondusif dan privasi.
Pelbagai komen dan pendapat positif dapat anda temui mengenai Restoran Zam Zam ini.
Dikatakan nasi arab di sini adalah original dan menyelerakan. Ada pendapat menyatakan bahawa daging lambnya adalah yang terbaik dan patut dicuba. Tidak pula ada yang mengsyorkan Ayam Mendy.
#2 Restoran Pak Mal Nasi Ayam
Jalan Telok Belanga 10/1 (Seksyen 10), 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Pernah dengar Nasi Ayam Pak Mal? Jika tidak, ini masanya untuk mencuba keenakkan nasi ayam di Seksyen 11 ini. Antara tempat makan yang wajib dicuba di Shah Alam.
Servisnya dikatakan cepat. Versi nasi ayamnya pula dikatakan antara yang terbaik berbanding nasi ayam tempat lain. Antara keistimewaannya adalah pada sos.
Ada mengatakan bahawa sosnya sedikit cair, tetapi sangat sedap kerana rasa pedasnya. Adakah anda setuju ini sebagai kedai nasi ayam terbaik di Shah Alam?
#3 Restoran Soto Shah Alam
Jalan Liku B 8/B, Seksyen 8, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Restoran ini sesuai untuk diterjah sewaktu sarapan. Pelbagai makanan anda boleh temui di sini. Boleh jadi rambang mata jadinya jika makan di sini. Dikatakan, soto dan roti canai adalah menu yang wajib dicuba di sini.Ada juga mencadangkan untuk mencuba daging lemak cili apinya.
Harganya berpatutan dan dikatakan murah. Boleh dikatakan keistimewaannnya adalah pada lauk-pauknya yang pelbagai.
#4 Nasi Lemak Ciast
Gerai 1,2,3 (Jalan 19/2B Seksyen 19), 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Jika ingin mencari nasi lemak yang sedap atau power, tempat ini mungkin boleh menjadi salah satu pilihan anda. Apa kata anda mencuba Nasi Lemak CIAST?
Tips yang dikongsi ramai adalah nasi lemak berlauk paru yang dikatakan sangat sedap. Anda juga boleh mencuba gabungan rendang kerang. Memang pergh bunyinya! Sambal sotongnya juga tidak ketinggalan menariknya.
Nasi lemaknya mendapat pujian ramai orang. Yang penting jangan lupa untuk meminta sambal lebih daripada kebiasaan apabila berada di sini.
Ramai turut mengatakan nasinya banyak dan lauk-pauk pula melimpah-limpah. Senang cerita memang kenyang apabila membeli makanan di sini.
#5 The Sumbs, For Foodie By Foodie
7-04-01 Persiaran Alami Pusat Perniagaan Worldwide (Seksyen 13), Shah Alam, Selangor, Malaysia
Jika anda mencari sedikit kelainan daripada tekak Melayu, mari kami bawakan ke The Sumbs. Restoran ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba makanan ala-ala Eropah, cewah. Hampir kesemua di sini adalah makanan western.
Ianya sesuai untuk datang secara berjemaah atau keluarga.Makanannya juga tidak lama untuk menunggu. Menu churos dan pasta carbonara antara menu yang menjadi pilihan ramai.Dendeng daging sandwich juga menarik untuk dicuba.Tetapi apa yang wajib anda order di sini adalah churosnya. Jangan lupa ya!
Secara keseluruhannya, boleh dikatakan staffnya sangat baik, makanan yang sedap serta murah.Yang penting terdapat pelbagai menu anda boleh cuba disini.
#6 Restoran Temerloh Dataran Otomobil
2G Jalan Pahat J,15/J,Kompleks Dataran Otomobil,Seksyen 15, Shah Alam, Malaysia
Bagi penggemar ikan patin, masakan ala Pahang juga boleh didapati di Shah Alam. Jika anda inginkan merasai keenakkan ikan patin, Restoran Temerloh adalah jawapannya. Dikatakan masakan pahang di sini adalah terbaik.
Ada juga pendapat mengatakan bahawa bahawa ianya lebih sedap daripada versi kedai ikan patin yang dijual di Pahang. Betulkah? Jadi apa kata anda terjah sendiri untuk mencuba.
#7 Restoran Masak Lemak Cili Api
Setia Prima, Bandar Setia Alam, Selangor, Malaysia
Restoran ini sedikit jauh daripada seksyen-seksyen lain, namun masih boleh dikatakan dalam Shah Alam.Restoran yang dimaksudkan adalah Restoran Masak Lemak Cili Api.
Jika anda adalah peminat makanan negeri, mungkin kedai ini sesuai untuk dicuba. Masak lemak cili apinya dikatakan terbaik.Sangat berbaloi. Tetapi awas, mungkin ini bukan untuk anda yang tidak sukakan pedas. Rata-rata sangat berpuas hati apabila makan di sini.
#8 Restoran Pak Su
Jalan Dawai 16/2 (Seksyen 16), 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Untuk makanan tengahari, restoran ini adalah salah satu tempat yang menarik untuk dicuba. Terdapat pelbagai lauk-pauk yang menarik dapat anda makan. Contohnya seperti aneka bubur, mee, lauk-pauk dan ikan bakar.
Harganya pula tidak mahal dan berpatutan. Air juga dikatakan diberikan secara percuma. Mahu apa lagi?Kedainya bersih dan ramai memuji keadaan kedai yang selesa.
#9 Restoran Orkid Thai
17, Jalan Tengah Ampuan Zabedah (F9, Section 9), 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Seterusnya mari kita beralih pula kepada masakan ala Thai. Mungkin Restoran ini anda pernah terjah. Ramai mengatkan restoran ini adalah tempat masakan Tom Yam kegemaran mereka.
Ikan Stim Ala Thainya antara menu boleh dipilih.Terdapat beberapa pilihan ikan anda boleh cuba iaitu kerapu atau siakap. Tetapi ramaa memuji keenakkan ‘salted egg squidnya’. Memang patut cuba!
Harganya pula berpatutan dan bahagian yang diberikan juga banyak.
#10 Restoran Azira
Jalan Ceongsam 10/11 (Seksyen 10), 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Seterusnya adalah Restoran Azira di Seksyen 10. Restoran ini mendapat komen yang positif untuk warga Shah Alam sendiri. Sesuai diterjah pada waktu sarapan dan lewat sarapan.
Pelbagai lauk pauk di sini. Komen pembaca, lauknya banyak.Tidak tahu apa yang hendak dipilih.Laksa Johor adalah menu yang dicadangkan jika anda berada di sini. Ataupun anda boleh juga memesan Nasi Ayam yang turut mendapat pujian ramai.
Ada yang menyatakan bahawa tempat ini adalah tempat terbaik untuk pencari makanan Johor. Sangat banyak pilihannya.
#11 Pecel Lele Shah Alam
Jalan Berangan (Kampung Padang Jawa), 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Akhir sekali adalah Restoran Pecel Lele di Padang Jawa. Restoran ini menyediakan makanan masakan Indonesia. Menu yang dicadangkan di sini adalah pecel lele dan ayam penyet.
Ada yang memberi komen bahawa Ayam Penyetnya adalah murah dan sedap di Selangor.Rata-rata mengatakan harganya murah dan tidak mahal. Selain itu, anda boleh mencuba extrajoss anggur.
Itulah 11 tempat makan best di Shah Alam pilihan pembaca. Apa pendapat anda? Masih ada yang tertinggal?