PGA TEMUI KETULAN GANJA 1.9KG DI TEMBOK SEMPADAN

PADANG BESAR: Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Batalion 1 Briged Utara menemui dua ketulan ganja seberat 1.9 kilogram bernilai RM4,750 di Jalan Keselamatan dan Pembangunan berhampiran menara A8 tembok sempadan Malaysia-Thailand Padang Besar, semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 1, Superintendan Abd Aziz Abdullah, berkata dua ketulan ganja itu disyaki dilontarkan pengedar dari negara jiran di laluan berkenaan sebelum ditemui pihaknya pada jam 7 pagi.

“Sepasukan anggota Task Force sedang melakukan rondaan risikan sebelum menemui dua ketulan ganja berkenaan yang disimpan ke dalam sebuah kotak.

“Sejurus menemui ganja terbabit, pihak kami melakukan intipan ke atas kotak berkenaan selama tujuh jam semalam namun tiada suspek yang muncul bagi mengambil barangan berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, ketulan ganja berkenaan disyaki dilemparkan kepada rangkaian sindiket di negeri ini namun tiada sesiapa yang bertindak mengambilnya.

“Barangan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

BH Online

Leave a Reply