Meninggal selepas beri ceramah subuh sempena Maal Hijrah

Meninggal selepas beri ceramah subuh sempena Maal Hijrah

Meninggal selepas beri ceramah subuh sempena Maal Hijrah

JOHOR BAHRU: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ), Mustafa Omar, meninggal dunia selepas memberi ceramah subuh sempena Sambutan Maal Hijrah di Masjid At-Taqwa Taman Utama Pulai, di sini, hari ini.

Difahamkan, beliau pulang ke rumah setelah menyampaikan ceramah itu berikutan mengalami sesak nafas.



Pengarah JAINJ, Jamaludin A Hamid ketika dihubungi berkata, Allahyarham yang berusia 51 tahun dilapor menghembuskan nafas terakhir pada jam 9 pagi, dipercayai akibat serangan jantung.

Beliau berkata, jenazah Allahyarham kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, Muar.

“Allahyarham adalah seorang yang baik keperibadiannya, dan sudah berkhidmat selama 26 tahun. Beliau masuk kerja sama dengan saya pada 1997.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?




“Allahyarham adalah seorang yang berilmu dan berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal sejak kira-kira enam tahun lalu. Beliau memang mahir dalam bidangnya,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham menyelesaikan tugasan menyampaikan ceramah subuh sempena Sambutan Maal Hijrah di Masjid At-Taqwa Taman Utama Pulai yang disiarkan secara langsung melalui Facebook masjid itu.

Pada akhir ceramahnya, Allahyarham sempat berpesan mengenai kematian dengan menyatakan ia pasti akan berlaku, dan tidak perlu berbangga dengan harta dikumpul kerana hanya amal ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.



Meninggal selepas beri ceramah subuh sempena Maal Hijrah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading