Siapa Yang Melindungi Aktiviti Perlombongan Haram Di Kedah?

Siapa Yang Melindungi Aktiviti Perlombongan Haram Di Kedah?

Siapa Yang Melindungi Aktiviti Perlombongan Haram Di Kedah?

Ketika umat Islam di negara ini menyambut kedatangan Maal Hijrah, SPRM telah menahan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah.

Turut ditahan bersama beliau adalah seorang lagi wanita berjawatan pengarah di sebuah syarikat.

Mereka ditahan di 2 lokasi yang berasingan iaitu di Alor Setar dan Shah Alam.



Kedua-dua mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS


Ianya berkaitan dengan dakwaan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan membabitkan nilai rasuah lebih RM13 juta.



Mahkamah Majistret Alor Setar dan Mahkamah Majistret Shah Alam telah mengeluarkan penahanan reman selama 3 hari terhadap mereka.

Majistret Wan Shahida Abd Rahim di Mahkamah Majistret Alor Setar dan Majistret Norsyakirah Che Hashim di Mahkamah Majistret Shah Alam selepas permohonan reman dibuat SPRM.

Menurut sumber SPRM, aktiviti perlombongan yang dijalankan secara haram oleh syarikat terbabit mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa tertentu sejak tahun 2020.

Adakah Menteri Besar Turut Terlibat Dalam Skandal Perlombongan Haram?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?




Persoalannya sekarang, siapakah pihak berkuasa yang berkuasa di MBI Kedah?

Yang telah memberikan perlindungan melakukan perlombongan haram tersebut?

Untuk rekod, MBI Kedah berada di bawah kawalan sepenuhnya oleh Pengerusi MBI Kedah.



Dan beliau juga merupakan menteri besar yang memegang jawatan ketika itu.

Siasatan awal yang telah mengesan beberapa pembayaran disyaki membabitkan rasuah berjumlah lebih RM13 juta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?




Ianya diberikan syarikat terbabit sebagai sogokan bagi melindungi kegiatan perlombongan haram dalam tempoh 2020 hingga 2023.

Pada tahun 2020, syarikat tersebut mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Kedah bagi menjalankan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE).

Namun, setakat ini tiada kelulusan diberikan oleh Kerajaan Negeri berhubung permohonan syarikat terbabit bagi menjalankan aktiviti perlombongan itu.

Tetapi kegiatan melombong unsur nadir bumi (REE) telah dikesan dijalankan secara aktif di kawasan tersebut.



Adakah menteri besar turut terlibat dalam skandal tersebut?

Penulis tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

SPRM sudah pun membuka kertas siasatan Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 terhadap menteri besar.

Sama-sama kita tunggu hasil siasatan penuh dari SPRM.

Siapa Yang Melindungi Aktiviti Perlombongan Haram Di Kedah?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button