Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS

Selama ini ramai terpedaya dengan dakwaan presiden PAS, Hadi Awang, bahawa kononnya UMNO yang menjadi punca terlerainya Muafakat Nasional (MN).

Untuk menambahkan keyakinan, penipuan Hadi Awang ini disokong pula oleh pemimpin UMNO yang khianat kepda parti.

@acik.mantera



♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Ini diakui sendiri oleh presiden UMNO, DS Zahid Hamidi.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera



Tetapi rahsia yang selama ini disembunyikan, akhirnya didedahkan oleh bekas Setiausaha Majlis Syura PAS, Dr Khairuddin.

Menurut Dr Khairuddin, bermula dari menandatangani penubuhan Perikatan Nasional (PN), Hadi Awang sudah membelakangkan perlembagaan PAS.

Dr Khairuddin menjelaskan, mengikut perlembagaan PAS, keputusan untuk kerjasama antara PAS dengan parti lain adalah di bawah bidang kuasa Majlis Syura.

Tetapi Hadi Awang menandatangani penubuhan PN tanpa memaklumkan kepada Majlis Syura.



Dan apabila dipersoalkan, beliau sekadar beralasan ianya adalah bidang kuasa PAS pusat.

Tindakan Hadi Awang itu telah menimbulkan kemarahan di kalangan pemimpin dan akar umbi UMNO.

Tambah Dr Khairuddin lagi, selepas menandatangani penubuhan PN, PAS juga sudah mula mengenepikan UMNO.

Setiap surat panggilan untuk mesyuarat MN, dibakul sampahkan oleh kepimpinan pusat PAS.



Tidak cukup dengan itu, beberapa hari sebelum PRU 15, Hadi Awang dan Tuan Ibrahim telah melakukan pertemuan 4 mata dengan kepimpinan UMNO.

Dalam pertemuan mereka dengan DS Zahid dan DSU Mohamad Hassan, Hadi Awang sudah berjanji untuk memasuki PRU 15 bersama UMNO dan meninggalkan PN.

Namun sehari selepas pertemuan itu, Hadi Awang bertemu pengerusi PN, Muhyiddin Yasin.

Dalam pertemuan itu, Hadi Awang berjanji pula untuk bersama PN dalam PRU 15.



Bermula dari situ, Hadi Awang mula membuat tuduhan bahawa kononnya UMNO adalah penyebab mengapa MN berkubur.

Kepada ahli PAS dan orang Melayu, hadamkanlah kenyataan yang terbentang di hadapan mata kita.

 

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button