SPRM: MB Kedah Akan Di Panggil

SPRM: MB Kedah Akan Di Panggil

SPRM: MB Kedah Akan Di Panggil

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, menjelaskan kesemua 12 saksi berkaitan isu REE di Kedah sudah pun dirakam keterangan mereka.

Siasatan adalah berkaitan kes rasuah lebih RM13 juta serta salah guna kuasa membabitkan isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Setakat ini kesemua yang dipanggil adalah dari Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan syarikat swasta yang dikatakan terlibat dengan perlombongan REE tersebut.



“Belum ada orang politik yang dipanggil untuk memberi keterangan”.

“Sesiapa saja akan dipanggil untuk bagi keterangan, mana yang difikirkan perlu, mungkin cepat atau lambat sahaja”.

“Nak siasat bukan boleh terjah sahaja, kena buat pengesahan dan panggil saksi berkenaan”.

“Kena pastikan hal berkaitan prosedur untuk luluskan pengeluaran REE”.



“Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor pun akan dipanggil, sebab dia yang sain surat yang tular itu,” jelas Azam Baki.

Beliau berkata, SPRM juga sedang mengesan saksi dari China yang dikatakan membuat pelaburan dalam perlombongan REE tersebut untuk turut membantu siasatan.

Dengan pengesahan dari SPRM, diharap Sanusi kerap menyemak panggilan masuk ke dalam yang beliau terima.

Baru-baru ini, Sanusi mendakwa beliau belum menerima apa-apa panggilan dari pihak SPRM.



Jadi dengan pengesahan dari Azam Baki bahawa nama beliau tersenarai dalam individu yang akan dipanggil, lebih baik bersedia.

Jangan pula nanti kerana takut menjawab panggilan dari SPRM, beliau berdalih pihak SPRM tidak menghubungi beliau.

 

SPRM: MB Kedah Akan Di Panggil

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button