PAS Itu Islam Dan Islam Itu PAS, Apakah Benar Begitu?

PAS Itu Islam Dan Islam Itu PAS, Apakah Benar Begitu?

PAS Itu Islam Dan Islam Itu PAS, Apakah Benar Begitu?

Penulis tertarik dengan hujah yang diberikan oleh Dr Mujahid Yusuf dalam satu wacana yang disiarkan secara langsung melalui Youtube.

Wacana yang dipengerusikan oleh Dr Azizan itu turut membariskan ahli panel dari PKR dan UMNO.

Dr Mujahid berhujah, sikap ahli dan terutamanya pemimpin PAS sering menggambarkan seolah-olah Islam itu adalah PAS dan PAS itu adalah Islam.



Dalil kepada apa yang dikatakan oleh Dr Mujahid boleh kita lihat dari beberapa isu yang mengaitkan pemimpin PAS.

Sebagai contoh, Timb Menteri Besar Kelantan, Nik Amar.

Ketika menjawab keluhan rakyat mengenai masalah air paip yang terlalu kotor di Kelantan.

Tanpa ragu-ragu beliau menjawab:



“Mu nak Isley atau mu nak air?”.

Jawapan yang sama juga diberikan oleh Nik Amar apabila ditanya mengenai stesen bas Kelantan.

“Mu nak Isley atau mu nak stesen bas?”.

@acik.mantera



♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Ahli parlimen Jasin dari PAS, Zulkifli Ismail atau lebih mesra dipanggil Lebai Jasin, pernah mendakwa hanya orang PAS sahaja diiktiraf sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Lebih dahsyat dari itu, dalam tulisan beliau bertajuk Ancaman Bahaya Sekularisma dengan berani mendakwa syahadah orang Islam di Malaysia terbatal sekiranya menjunjung perlembagaan negara!!!

Apabila seorang yang menganggotai Majlis Syura PAS sudah berani membatalkan syahadah umat Islam di Malaysia.



@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Tidak hairan apabila pemimpin akar umbi merasakan seolah syurga dan neraka milik mereka.

Ugama, Syurga Dan Neraka Milik Allah SWT

@acik.mantera



♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Lebih memeranjatkan lagi apabila seorang pemimpin bertaraf menteri besar mengeluarkan kenyataan setiap apa yang dikatakan oleh Hadi Awang mesti diterima tanpa soalan.

Alasannya adalah kerana Hadi Awang seorang yang berilmu.

Kalau berilmu dijadikan sandaran untuk kita walak kepada seseorang, bukankah Azazil adalah antara makhluk Allah SWT yang sangat tinggi ilmunya.



Tetapi kerana sudah nyata kekufuran Azazil terhadap Allah SWT, maka haram untuk kita mengikuti Azazil.

Atau mungkin Sanusi tidak membaca sirah Rasulullah SAW.

Baginda Rasulullah SAW menjadi sumber rujukan hukum hakam di dalam agama Islam selepas Al Quran.

Tetapi baginda Rasulullah SAW juga adalah manusia yang melakukan kesilapan, walau pun baginda adalah maksum.

Beberapa kali sahabat baginda bertanyakan soalan apabila sahabat merasa keliru dengan sikap dan keputusan baginda.

Tidak pula baginda menganggap ianya sebagai sifat membantah atau tidak walak para sahabat kepada baginda.

Atau mungkinkah pemimpin PAS melabelkan Hadi Awang lebih mulia dari Rasulullah SAW sehingga setiap fatwa yang beliau keluarkan tidak boleh dipersoal?

Ingat, walak kepada pemimpin membuta tuli akan membawa kehancuran bukan sahaja kepada akidah, tetapi juga kepada agama Islam.

Dan jangan lupa, ulamak di akhir zaman terbahagi kepada 2, satu ulamak mursyid dan satu lagi ulamak suk.

Ulamak bukan nabi atau rasul atau pun malaikat.

Tidak ada jaminan ulamak yang kita sangkakan berilmu itu akan masuk ke syurga Allah SWT.

Ugama, syurga dan neraka adalah milik Allah SWT dan bukan milik manusia.

 

PAS Itu Islam Dan Islam Itu PAS, Apakah Benar Begitu?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button