Proklamasi Mahathir sekadar fatamorgana dan retorik kosong

Semakin jelas kenapa Tun Mahathir mahu laksanakan Proklamasi Melayu.

Kedudukan politik terkini tanahair melihatkan betapa tangan Mahathir seperti sotong menjangkau banyak perkara dan berperanan dibelakang banyak gerakan sana dan sini.

Walaupun Mahathir beroperasi belakang tabir menggunakan pihak lain serta balaci balaci nya untuk berkerja , namun semua pihak sudah pun maklum termasuk pihak kerajaan.



Mahathir tidak mahu tewas kepada musuh politik nya Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi, ego Mahathir dan Tun Daim terlalu besar untuk tewas kepada musuh seperti Anwar dan Zahid.

ini tambah lagi apabila kerajaan Anwar membuka kertas siasatan terhadap Tun Daim dan dua Tan Sri pada skandal lama.

Maka , bertambah terguris lah ego kedua Tun.

Imej negara turut terjejas apabila banyak negara tahu akan pergeseran politik antara Mahathir , Daim dan Anwar .



Pelaburan juga terbantut kerana kedua individu ini mengamal kan dasar Capital Cronysm: yang menakutkan pelabur.

Pada topik kita , ia membincangkan berkenaan Proklamasi Mahathir yang dijaja sana dan sini.

Walau pun Proklamasi Mahathir ini nampak sangat ‘holistik’ pada dasar nya , namun orang Melayu dan khusus nya orang UMNO tidak mudah terpedaya.

Ini kerana watak Mahathir itu sendiri.



Mahathirn alami defisit kepercayaan.

Seperti melaung serigala datang tertapi apabila orang kampung datang mahu menyelamat serigala nya tidak ada.

Sehngga kini setelah hampir setahun , Proklamasi masih tidka laku lagi.

Ramai pihak tahu Mahathir sebenar nya hanya mahu mengumpul sekumpulan penyokong berteras Melayu untuk melawan pihak kerajaan dan UMNO.



Mahathir masih belum sukses untuk meyakinkan orang Melayu yang melihat Proklamasi nya sekadar retorik kosong.

Soalan semudah siapa musuh Proklamasi dan dari siapa yang hendak di buat tuntutan masih belum terjawab.

Sultan Sultan dan Raja Raja semua Melayu, adakah  mahu tuntut hak melayu dari melayu?

Bahkan Mahathir sendiri didapati menghina Raja Melayu.



Mahathir berkuasa selama 22 tahun , apa kah yang dilaksanakan untuk Melayu?

Lebih parah Mahathir telah berkuasa kembali selama 22 bulan, dan itu lah yang dasyat terjadi apabila Melayu merasa tidak selamat dan turun ke jalan raya membantah ICERD dan Statu Rome.

Mahathir tidur kah waktu itu?



Sebenar nya hanya dua perkara sahaja akibat kan Proklamasi Mahathir direka.

Pertama , Mahathir mahu kumpul orang melayu dibelakang nya untuk lawan orang melayu yang tidak berpihak kepada nya sepwerti orang UMNO.

Kedua , seperti orang yang melepaskan kentut secara senyap dan segera bertanya “Siapa yang kentut” supaya diri nya tidak menjadi suspek.

Mahathir telah gagal membantu melayu selama menjadi Perdana Menteri , lalu cuba menebus dengan ujudkan Proklamasi yang diketahui nya tidak perlu dilaksanakan.

Ketika ada kuasa gagal membantu , apakah ketika tidak ada kuasa boleh sukses?

Orang Melayu yang tidak menyertai Proklamasi boleh dianggap cerdik kerana tidak mahu lagi terperangkap dengan Mahathir dan diperalatkan untuk tujuan politik peribadi nya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button