Sanusi Lebih Drakonian Dalam Menggunakan Kuasa

Sanusi Lebih Drakonian Dalam Menggunakan Kuasa

Sanusi Lebih Drakonian Dalam Menggunakan Kuasa

PAS Kedah menyifatkan ‘serangan’ ke atas menteri besar Kedah, Sanusi Md Nor sebagai menggali kubur sendiri.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahya mendakwa, politik fitnah yang terus dimainkan oleh kepimpinan PH dan BN tanpa disedari sedang memakan diri sendiri.

“Satu demi satu fitnah yang cuba dihamburkan kepada Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, direncanakan bagi menjatuhkan reputasi cemerlang beliau ketika ini”.



“Ironinya, situasi sebaliknya berlaku”.

“Fitnah tersebut sedang menggali perkuburan PH/BN dengan lebih dalam”.

“PAS Kedah yakin PH dan BN tidak ada modal lain yang lebih kuat untuk diketengahkan dalam PRN kali ini”.

“Malah, ‘poster boy‘ mereka sendiri tidak terlawan dengan aura yang dibawa oleh Sanusi”.



“Pas Kedah yakin PH dan BN tidak ada modal lain yang lebih kuat untuk diketengahkan dalam PRN kali ini,” dakwa beliau.

Penulis melihat kenyataan Ahmad Yahya tidak lebih dari kenyataan bulldoze tanpa mengambil kira fakta sebenar.

Boleh Ahmad Yahya berikan satu kejayaan Sanusi sebagai menteri besar Kedah?

Penulis cuma minta satu, takkan itu pun tak boleh.



Sanusi Lebih Drakonian Dalam Menggunakan Kuasa

Atau mungkin infografik di atas boleh disenaraikan sebagai ‘reputasi cemerlang’ Sanusi sepanjang menjadi menteri besar Kedah.

Ahmad Yahya juga menuduh pendakwaan ke atas Sanusi sebagai politik fitnah yang sedang dimainkan oleh PH/BN.

Pelik juga dengan rasional pesuruhjaya PAS Kedah ini.



Yang menghina Institusi Raja Raja Melayu adalah Sanusi.

Yang membuat laporan polis adalah Dewan Di Raja Selangor.

Tetapi PH/BN pula yang dikatakan memainkan politik fitnah, di mana rasional dan logiknya dakwaan pesuruhjaya PAS Kedah ini?

Siapa Lebih Drakonian?

Antara yang tersirat di sebalik kenyataan Ahmad Yahya adalah Kerajaan Perpaduan bertindak zalim dengan menggunakan undang-undang untuk menekan musuh politik.



Tetapi realiti dan fakta yang terbentang di hadapan kita semua adalah sebaliknya.

Sepanjang Sanusi menjadi menteri besar Kedah, beliau lebih drakonian dalam menekan dan menutup mulut musuh politik beliau.

Pada bulan Ogos 2021, pegawai khas Sanusi telah membuat laporan polis atas beberapa komen dan kritikan yang rakyat lakukan ke atas Sanusi.

Ekoran dari itu, pihak PDRM telah menahan warga emas.



Kemudian pihak polis juga telah menahan ahli perniagaan dan seorang juruteknik atas dakwaan yang sama.

Tidak cukup dengan itu, Ketua UMNO Sungai Petani, juga ditahan polis kerana mendedahkan jumlah sebenar mangsa Covid-19 di Kuala Muda, Kedah.

Siapa yang lebih drakonian dalam menggunakan undang-undang untuk menutup musuh politik?

 

Sanusi Lebih Drakonian Dalam Menggunakan Kuasa

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading