KADA beri kerjasama penuh

Oleh – Syeikh Baran


KADA beri kerjasama penuh
Gambar Hiasan

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan seorang pegawai kanan KADA kerana disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lepas.

Pengerusinya, Muhammad Husain berkata, susulan itu, KADA memberi kepercayaan penuh kepada pihak SPRM untuk menjalankan siasatan yang telus dan terperinci berkenaan kes terbabit.



Beliau berkata, pihaknya memberi sokongan padu kepada SPRM selaras dengan misi dan visi mewujudkan wajah baharu KADA serta meningkatkan mutu perkhidmatan khususnya kepada para petani.

“Saya turut dimaklumkan bahawa pegawai kanan berkenaan telah dibawa ke Mahkamah Kota Bharu hari ini bagi mendapatkan perintah reman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, SPRM Kelantan menahan seorang pegawai kanan KADA berumur 40-an selepas diambil keterangan di pejabat SPRM negeri berkenaan. – Bernama

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button