Bayi perempuan sembilan bulan maut dipercayai didera

 

Oleh – Syeikh Baran


Bayi perempuan sembilan bulan maut dipercayai didera
Gambar Hiasan

Bayi perempuan berusia sembilan bulan maut dipercayai menjadi mangsa penderaan.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 3.50 pagi, 26 April lalu.



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan dari HSA berhubung mangsa pada 25 April lalu.

Menurutnya, ketika itu, bayi perempuan warga asing berkenaan dimaklumkan sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan disyaki didera.

Katanya, bertindak atas maklumat, polis menangkap dua rakan ibu mangsa yang juga warga asing dan seorang lelaki tempatan, iaitu teman lelaki kepada salah seorang daripada wanita itu, pada 10 malam, 25 April lalu.

“Turut ditahan pengasuh mangsa iaitu pasangan suami isteri warga tempatan.



“Tangkapan dilakukan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini dan semua suspek berusia antara usia 29 hingga 42 tahun,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, polis masih mengesan ibu mangsa yang juga seorang warga Vietnam.

Menurutnya, kesemua suspek direman selama enam hari bermula 26 April oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.



“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati wujud

elemen jenayah dalam kematian mangsa,” katanya.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button