Ketika Sanusi Di Heret Ke Mahkamah, Kepimpinan PAS Bertelagah

Ketika Sanusi Di Heret Ke Mahkamah, Kepimpinan PAS Bertelagah

Ketika Sanusi Di Heret Ke Mahkamah, Kepimpinan PAS Bertelagah

Peluang untuk Sanusi Md Nor mengekalkan kerusi menteri besar di Kedah sekiranya Perikatan Nasional menang dalam PRN Kedah semakin sukar.

Sangat jelas bagi kepimpinan PAS, Sanusi kini bukan lagi aset kepada PAS tetapi sudah menjadi liabiliti yang akan menjejaskan PAS mempertahankan Kedah.

Penulis difahamkan, kepimpinan tertinggi PAS kini sedang bertelagah untuk menetapkan siapa calon menteri besar Kedah sekiranya PN berjaya pertahankan Kedah.



Team A (Hadi Awang)

Team Hadi Awang dikatakan berkeras mempertahan persetujuan antara Hadi Awang dengan Dr Mahathir dalam Proklamasi Melayu.

Syarat utama yang mesti dipatuhi PAS adalah menggantikan Sanusi dengan Mukhriz Mahathir sebagai calon menteri besar.

Pentadbiran PAS sekarang sangat berbeza berbanding dengan kepimpinan PAS di era Allahyarham Nik Aziz menjadi Mursyidul Am.

Team presiden dikatakan mendominasi hampir keseluruhan kepimpinan parti dan mempunyai kata putus dalam membuat keputusan penting parti.



Sanusi Di Tahan Polis Jam 3 Pagi Di Mont Kiara

Team B (Tuan Ibrahim Tuan Man)

Manakala team Timbalan Presiden PAS yang dipimpin oleh Tuan Ibrahim Tuan Man pula mahu EXCO Kesihatan & Kerajaan Tempatan Kedah, Dr Mohd Hayati sebagai calon menteri besar.

Walau pun team presiden dikatakan mendominasi kepimpinan PAS, namun kebangkitan team yang dipimpin oleh Tuan Ibrahim tidak boleh diperkecilkan.



Team ini dilaporkan mempunyai kekuatan yang seimbang dalam kepimpinan PAS terutamanya di peringkat akar umbi.

Gerakan sedang disusun untuk menyingkirkan Hadi Awang dari kerusi presiden dalam pemilihan parti yang akan datang.

Team yang dipimpin oleh Tuan Ibrahim ini juga dilabelkan sebagai sebagai kepimpinan ulamak PAS.

Mereka lebih cenderung mengetengahkan calon yang mereka anggap bersih dan berpenampilan ulamak.



Tetapi setiap pergerakan mereka sedang dipantau dengan dekat oleh team Hadi Awang yang mula menghidu niat mereka.

PN Semakin Sukar Apabila Sanusi Di Heret Ke Mahkamah

Team C (Takiyuddin Hassan)

Manakala team profesional yang dipimpin oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, pula berkeras mahu mengekalkan Sanusi sebagai calon menteri besar.



Lebih mengejutkan lagi, team Takiyuddin turut mendapat sokongan kuat dari menteri besat Terengganu, Dr Samsuri dan PAS Terengganu.

Sebagaimana yang kita ketahui, Terengganu adalah negeri presiden PAS, Hadi Awang.

Malah team Takiyuddin juga dilaporkan mengugut akan boikot PRN di 6 negeri sekiranya nama Sanusi digugurkan dari senarai calon menteri besar Kedah.

Namun begitu, team Takiyuddin dikatakan kurang mendapat sokongan dari ahli PAS di peringkat akar umbi dan juga penyokong PAS di luar parti.



Bagi mereka, team inilah yang telah banyak merosakkan nama PAS kerana terlalu berkiblatkan kekuasaan dan kekayaan pemimpin tertentu.

Bagi penulis, perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan bagaimana jauhnya pemimpin PAS sudah tersasar dari perjuangan asal mereka.

Perpecahan dalaman kepimpinan utama PAS memberitahu kita bagaimana PAS kini sudah semakin hampir menyebabkan parti tersebut kehilangan sokongan orang Melayu.

Walau pun pemimpin PAS masih dilihat bersungguh-sungguh mempertahankan imej perjuangan Islam, tetapi bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup dengan sehelai daun.

Hanya masa yang akan menentukan apakah kesudahan survivor parti PAS.

Dua Menteri Besar PAS terkait skandal tanah jadi beban kepada PAS

Ketika Sanusi Di Heret Ke Mahkamah, Kepimpinan PAS Bertelagah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button