PN Ibarat Ayam Jantan, Kokok Berderai Tapi Ekor Bergelumang Tahi

PN Ibarat Ayam Jantan, Kokok Berderai Tapi Ekor Bergelumang Tahi

PN Ibarat Ayam Jantan, Kokok Berderai Tapi Ekor Bergelumang Tahi

Antara isu yang menjadi kokokan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dalam kempen pilihanraya di 6 buah negeri adalah isu harga barang.

Menurut mereka, sudah lebih 7 bukan Kerajaan Perpaduan berada di Putrajaya, tetapi masih gagal untuk mengawal harga barang.

Rakyat dikokokkan dengan kegagalan Kerajaan Perpaduan mengawal kenaikan harga barang keperluan asas yang semakin menekan kehidupan rakyat.



Dalam usia Kerajaan Perpaduan yang belum setahun, pemimpin PN telah melabelkan Kerajaan Perpaduan sebagai kerajaan yang gagal.

Benarkah begitu?

Perikatan Nasional memerintah negara selama 33 bulan.

18 bulan di bawah pimpinan Muhyiddin Yasin yang dipanggil sebagai Kerajaan Perikatan Nasional.



Manakala 15 bulan lagi di bawah kepimpinan Ismail Sabri yang dipanggil sebagai Kerajaan Keluarga Malaysia.

Sepanjang 33 bulan berkuasa, benarkah harga barang keperluan asas rakyat terkawal?

PN Ibarat Ayam Jantan, Kokok Berderai Tapi Ekor Bergelumang Tahi

Bandingkan harga keperluan barangan asas di era PN berbanding dengan Kerajaan Perpaduan sekarang.



Dari info grafik di atas, jelas memberitahu kita, di era pemerintahan siapa harga barangan lebih tinggi.

Biar fakta berbicara.

Apa tindakan pemimpin PN ketika itu?

Presiden PAS, Hadi Awang, membuat kenyataan bahawa kenaikan harga barang bukanlah salah kerajaan, tetapi kerana inflasi dunia.



Timb Menteri Pertanian & Industri Makanan ketika itu, Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, harga barang bukan masalah besar.

Lebih syahdu lagi bila mereka desak rakyat supaya menerima kenaikan harga barang dengan hati terbuka!!!

Penulis bukan seorang pakar ekonomi yang mampu mengulas mengenai masalah ekonomi domestik atau global.

Tetapi bagi penulis, faktor yang mempengaruhi kenaikan harga barang adalah banyak, sama ada faktor domestik atau global.



Namun begitu, apa yang penting bagi penulis adalah sikap pemimpin dalam membantu mengurangkan bebanan rakyat dalam menghadapi situasi sukar.

Kalau setakat mendesak rakyat supaya redha atau mencipta alasan yang tidak munasabah, lebih baik rakyat hidup tanpa pemimpin.

Jadi tidak hairanlah, di era PN, slogan ‘kita jaga kita’ dan ‘rakyat jaga rakyat’ sering kita dengar.

 



PN Ibarat Ayam Jantan, Kokok Berderai Tapi Ekor Bergelumang Tahi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading