Titik terpanas di dunia jadi tumpuan

Titik terpanas di dunia jadi tumpuan

Titik terpanas di dunia jadi tumpuan
SUHU direkodkan di Death Valley pada 16 Julai lalu. FOTO Reuters

Miami: Cuaca panas melampau termasuk di pantai barat, Amerika Syarikat (AS) tidak mengurangkan kehadiran pelancong ke kawasan tumpuan paling panas dunia, Death Valley, California.

Namun, pelancong dilihat semakin berpusu-pusu untuk merasai suhu dan menyaksikan pemandangan di situ.

The Guardian melaporkan, suhu terkini di kawasan itu semakin menghampiri suhu yang direkodkan pada 1913 iaitu 56.6 darjah Celsius.



Setakat semalam, Jabatan Taman Negara (NPS) masih mengeluarkan amaran Haba Melampau Musim Panas.

Ia memberi amaran kepada pelancong untuk bersiap sedia kerana suhu dijangka meningkat antara 43.3 darjah Celsius kepada 48.8 darjah Celsius.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS




Seorang pelancong memberitahu Channel 4 News, dia melawat Death Valley buat kali pertama.

“Saya rasa ini akan menjadi pengalaman menarik apabila dapat merasai sendiri hari paling panas di dunia,” katanya.

Sementara itu, Reuters melaporkan, gelombang haba global yang ‘membakar’ bahagian Eropah, Asia dan AS menjadi semakin buruk, kelmarin.

Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) memberi amaran mengenai peningkatan risiko kematian yang dikaitkan dengan suhu terlalu tinggi.



Rakyat AS berdepan cuaca ekstrem panas terik dari Texas ke California Selatan hingga jerebu di Midwest akibat kebakaran hutan Kanada.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?


Amaran banjir juga dibuat untuk bandar Vermont yang dilanda banjir minggu lalu, manakala Ribut Tropika Calvin dijangka melanda negeri pulau Pasifik, Hawaii, pada Selasa.



WMO juga meramalkan, gelombang haba di Hemisfera Utara, dijangka meningkat.

Tahun lalu saja, kira-kira 61,000 orang di Eropah terkorban akibat gelombang panas.

Pusat penyelarasan tindak balas kecemasan Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan amaran tahap merah untuk suhu tinggi bagi kebanyakan negara di Itali, timur laut Sepanyol, Croatia, Serbia, selatan Bosnia dan Herzegovina, serta Montenegro.

Bahang yang panas menyebabkan beberapa pelancong terpaksa pulang awal ke negara masing-masing.



Anita Elshoy dan suaminya pulang ke Norway dari tempat percutian mereka di Vasanello, sebuah kampung di utara Rom, seminggu lebih awal daripada yang dirancang.

“(Saya) mengalami banyak gejala seperti sakit kepala, kaki dan jari membengkak,” kata Elshoy.

Titik terpanas di dunia jadi tumpuan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button