Murid Tahun Lima dakwa guru besar rotan hingga cedera

Murid Tahun Lima dakwa guru besar rotan hingga cedera

Murid Tahun Lima dakwa guru besar rotan hingga cedera
Murid Tahun Lima yang didakwa cedera di beberapa bahagian badan akibat dirotan guru besar SJKT di Segamat. – Foto AHMAD ISMAIL

SEGAMAT: Murid lelaki Tahun Lima sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di sini, cedera di badan dan muka selepas didakwa dirotan guru besar sekolah itu kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menerusi laman Facebook Polis Daerah Segamat kira-kira jam 11 malam semalam.

Susulan maklumat diterima, pihaknya meminta mangsa hadir ke balai polis bagi membuat laporan berhubung kejadian.



“Pada jam 12.10 tengah malam, satu laporan polis dibuat ibu mangsa mengatakan anaknya cedera di leher kiri, bahu kiri dan calar di pipi akibat dirotan guru besar wanita berusia 50-an.

“Siasatan awal mendapati pelajar itu dirotan kerana gagal menyiapkan kerja sekolah dan bersikap sambil lewa ketika sesi pembelajaran di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zamry berkata, susulan polis itu pihaknya sudah mengambil keterangan daripada guru berkenaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.



Murid Tahun Lima dakwa guru besar rotan hingga cedera


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perikatan Nasional jangan putar belit isu Sanusi


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading