Sanusi kini kluster Mahkamah, peluang Mukhriz jadi MB cerah

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Sanusi kini kluster Mahkamah, peluang Mukhriz jadi MB cerah

Menteri Besar ‘Caretaker’ Kedah, Dato Seri Sanusi Md Nor, secara rasmi tergolong dalam lingkungan ‘Kluster Mahkamah’ hari ini.



Secara tidak langsung, Perikatan Nasional perlu menerima hakikat, Sanusi sukar untuk dilantik menjadi Menteri Besar Kedah sekali lagi kerana akan berdepan dengan urusan Mahkamah.

Untuk itu, PN perlu segera memikirkan alternatif dan bersedia dengan calon lain bagi mengambil alih jawatan Menteri Besar Kedah.

Dalam pemerhatian terkini, yang mampu untuk kembali menguatkan Perikatan Nasional di Kedah hanyalah Mukhriz Mahathir. Walaupun Mukhriz kini adalah Presiden PEJUANG, tidak salah sekiranya PN membuka pintu kerjasama antara Perikatan Nasional dan PEJUANG.

Sanusi kini kluster Mahkamah, peluang Mukhriz jadi MB cerah



Apatah lagi PN kebetulan menyokong Proklamasi Melayu yang dianjurkan Tun Mahathir sebagai wadah penyatuan parti politik Melayu.

Dipercayai, sekiranya PEJUANG bersama PN di Kedah, mereka mampu menyapu 2/3 kerusi DUN Kedah tanpa masalah. Pengalaman Mukhriz yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah sebanyak 2 kali amat berharga bagi PN dan peluang sebegini jangan dilepaskan.

Politik juga menuntut pengorbanan dan sekiranya perlu korbankan Sanusi, maka korbankanlah sepanjang beliau bergelar ‘Kluster Mahkamah’.

Pasti pengorbanan ini tidak akan dilupakan penyokong PN. Sanusi akan kembali ke arena politik dengan lebih tenang selepas segala proses pertuduhan dan pendakwaan selesai.



@sanusimdnor

Sidang media selepas selesai urusan dalam mahkamah tadi.

♬ original sound – Muhammad Sanusi Md Nor

 

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Risiko untuk terus kekalkan Sanusi sebagai calon Menteri Besar Kedah amat tinggi bila membaca hukuman mengikut Seksyen yang dikenakan.

PAS Kedah perlu sedar, sekiranya Sanusi dikenakan hukuman denda lebih daripada RM2001.00, beliau tidak layak lagi menjadi ADUN apatah lagi jika hukuman penjara dijatuhkan.

Berilah peluang kepada Mukhriz Mahathir bagi membantu PN Kedah kekalkan penguasaan di Negeri Jelapang Padi.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button