Perikatan Nasional jangan putar belit isu Sanusi

Oleh – Amran Klebang


Perikatan Nasional jangan putar belit isu Sanusi
Sumber Foto – Facebook

Menjelang Pilihanraya Negeri (PRN), Perikatan Nasional wajar diingatkan agar tidak memutar belit isu berkaitan Menteri Besar ‘Caretaker’ Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor.

Sudah tentu peluang besar untuk memanipulasi isu Sanusi akan memihak kepada Perikatan Nasional. Elemen simpati terhadap Sanusi akan dimainkan di setiap ceramah kempen PRN bagi membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan.



Perlu diingatkan, Sanusi bukan sahaja menyentuh Institusi Istana Selangor, malah beliau turut mempertikaikan Titah KYDMM YDP Agong berkenaan pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Pemimpin PAS Pusat perlu menjelaskan kepada para penyokong mereka agar tidak berlebihan mengulas isu Sanusi dan mereka juga perlu menjelaskan kepada ahli mengapa Sanusi dikenakan pertuduhan di bawah Akta Hasutan.

“Tuanku (Sultan Selangor) boleh melantik siapa sahaja untuk menjadi MB Selangor, asalkan pemimpin berkenaan mendapat majoriti (termaktub) segi (dalam) perlembagaan. Tuanku telah melantik (individu yang) tepat dan tidak patut dipersoalkan. “Kenyataan (Muhammad Sanusi) seperti MB yang dilantik tidak betul (layak), ini kami anggap kenyataan yang tidak wajar dan menghina institusi diraja Selangor. Kami tuntut permohonan maaf secara terbuka secepat mungkin,” – Ahli Dewan DiRaja Selangor – 14/7/2023



Perikatan Nasional jangan putar belit isu Sanusi
Ahli Dewan DiRaja Selangor

Apa yang digusarkan, pimpinan PAS lebih rela isu Sanusi merebak dan menimbulkan kebencian terhadap pihak yang bertindak membuat laporan terhadap Sanusi.

Modus operandi sebegini memang akan memberi banyak kelebihan kepada mereka lebih lagi menjelang PRN.

Mungkin cara Sanusi di tahan pihak Polis di sebuah hotel dilihat agak keterlaluan, tetapi perlu difahami, PDRM hanya menjalankan tugas mereka.

Perikatan Nasional jangan putar belit isu Sanusi



Mungkin PAS serta penyokong terlupa, ada individu yang didakwa menghina Sanusi selaku Menteri Besar Kedah menerima nasib sama sepereti yang dilalui Sanusi jam 3 pagi tadi.

PAS perlu lebih rasional dalam hal ini dan Perikatan Nasional juga perlu meyakinkan penyokong mereka akan proses Mahkamah akan berlaku adil kepada Sanusi.

Cuma kini Sanusi akan bergelar ‘Kluster Mahkamah’.

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading