BCorp lupus kepentingan kepada Naza

BCorp lupus kepentingan kepada Naza

BCorp lupus kepentingan kepada Naza
Pengarah Urusan Kumpulan Naza, Tan Sri Ismee Ismail (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Berjaya Corporation Bhd, Vivienne Cheng bersama pengurusan kanan Berjaya Corp dan Naza. – FOTO NSTP/Aziah Azmee

Kuala Lumpur: Berjaya Corporation Bhd (BCorp) merancang untuk melupuskan 100 peratus kepentingan dalam anak syarikat milik penuhnya, Berjaya Enviro Holdings Sdn Bhd (BEnviro) kepada Naza Corporation Holdings Sdn Bhd (Naza) dengan nilai pertimbangan tunai sebanyak RM700 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Berjaya Corporation Bhd, Vivienne Cheng berkata, cadangan penjualan BEnviro itu akan menjana pulangan kewangan yang besar daripada pelaburan BCorp dalam BEnviro.

Katanya, keuntungan yang dijana akan meningkatkan aset bersih kumpulan dan hasil daripada penjualan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan BCorp.



“Keputusan untuk melupuskan BEnviro dibuat selepas pertimbangan dan analisis teliti keadaan pasaran semasa dan matlamat strategik kumpulan BCorp.

“Selepas selesai cadangan pelupusan ini, kami akan terus meneroka projek baharu dengan BEnviro melalui syarikat usaha sama (JV Co) dan komited untuk kekal dan menyediakan perkhidmatan kerja kejuruteraan alam sekitar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Semakin Sukar Apabila Sanusi Di Heret Ke Mahkamah




“Cadangan pelupusan ini juga memberi peluang kepada BCorp untuk menjana hasil pelaburan dalam BEnviro dengan anggaran keuntungan kira-kira RM490.74 juta,” katanya pada sidang media selepas majlis pemeteraian perjanjian jual beli antara BCorp dan Naza di sini, hari ini.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Vivienne bagi pihak BCorp dan Naza oleh Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Sri Ismee Ismail.

Hadir sama, Pengasas dan Penasihat BCorp, Tan Sri Vincent Tan, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Naza, SM Faliq SM Nasimuddin.

Selepas selesai cadangan pelupusan berkenaan, kedua-dua BGroup dan BEnviro akan menubuhkan JV Co untuk bekerjasama dalam semua projek baharu termasuk tetapi tidak terhad kepada tapak pelupusan sanitari, alam sekitar dan pengurusan sisa di Malaysia dan luar negara, di mana BGroup dan BEnviro masing-masing akan memiliki 49 peratus dan 51 peratus kepentingan dalam JV Co berkenaan.



Sementara itu, SM Nasarudin berkata, melalui cadangan pengambilalihan itu, Naza akan memanfaatkan infrastruktur operasinya yang luas, kemajuan teknologi, dan tenaga kerja berbakat BEnviro dan tujuh anak syarikatnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Fatwa derma afdal, PAS wajib jelaskan siapa Ulama’ tersebut


Katanya, pihaknya juga menyasarkan untuk mengekalkan pengurusan dan bakat di dalam entiti berkenaan bagi kesinambungan perniagaan.



“Pengambilalihan ini memperkukuhkan dedikasi Naza ke arah pertumbuhan strategik jangkauan perniagaannya dengan menceburi penyediaan penyelesaian dan pengurusan sisa yang komprehensif dan mempromosi kelestarian alam sekitar,” katanya.

Kumpulan BEnviro terbabit dalam segmen perniagaan alam sekitar iaitu pengurusan sisa pepejal dengan tapak pelupusan sanitari kejuruteraan, pengurusan gas tapak pelupusan melalui penjanaan tenaga boleh diperbaharui daripada gas tapak pelupusan, serta pengurusan sisa terjadual melalui kitar semula, rawatan dan pelupusan.

BCorp lupus kepentingan kepada Naza


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apabila yang tandatangan Proklamasi Melayu hina Raja melayu, apa boleh diharapkan?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading