Mana keadilan untuk Najib Razak?

Mana keadilan untuk Najib Razak?

Ini soalan yang ditanya oleh banyak pihak.

Bekas Gabenor Bank Negara boleh mendapat cuti berbulan bulan dari hadir diri  kemahkamah, tapi apabila Najib dan Rosmah mendapat cuti sehari dua sudah ada pihak mahu menyiasat kebenaran cuti itu.



Baru baru ini seorang ahli Majlis Kerja tertinggi UMNO , Dr Puad Zarkashi ada memberi kenyataan berkenaan keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak.

Dr Puad mempersoal berkenaan wang RM114 yang dipulangkan kepada DSNR Dan dituntut semula dalam saman baru.

Ia adalah wang milik Parti dan bukan milik peribadi Najib.

Parti UMNO Dan Presiden nya sudah pun mngesahkan kan nya secara rasmi, namun tetap diletakan didalam tuntutan oleh pihak 1mdb.



Terlalu jelas seolah olah pihak buat tuntutan mendapat arahan dari pihak musuh UMNO dan Najib

Apa jenis undang undang yang diamalkan disini?

Kenyataan penuh Dr Puad boleh didapati dilaman Facebook nya seperti dibawah ini



NAJIB TERUS DIZALIMI

Pelik juga bila 1MDB meneruskan saman sivil dan menuntut gantirugi USD 8B dari Najib. Sedangkan 1MDB dapat balik asetnya RM41.6 Bilion (Jawapan MOF di Parlimen).

Saman ini dimulakan masa Muhyiddin jadi PM tahun 2020. Kini saman itu diteruskan juga seperti mana afidavit yang dikemukakan di Mahkamah pada 23 Mei 2023.

Tetapi hairan kenapa dana RM114 Juta yang Mahkamah Tinggi putuskan dipulangkan kepada akaun Najib kerana ia milik UMNO dimasukkan juga dalam saman ini.



Jangan lupa tahun 2017 sudah ada perjanjian penyelesaian 1MDB-IPIC untuk dapatkan balik dana 1MDB. Najib empat kali bangkitkan isu ini.

Tetapi Tun M dan Tommy Thomas batalkan perjanjian itu agar naratif wang 1MDB ‘hilang’ boleh terus dieksploitasi untuk cemarkan Najib.

Akhirnya penyelesaian 1MDB-IPIC diteruskan. MOF umum IPIC-Aabar PJS telah bayar AS$1.8B kepada MKD dan 1MDB. PMX anggap ia kejayaan besar.

Tetapi kenapa Najib terus dizalimi. 1MDB di bawah MOF. Apa yang mencurigakan ada nama yang turut disaman tetapi nama mereka sudah hilang dari senarai.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button