Fatwa derma afdal, PAS wajib jelaskan siapa Ulama’ tersebut

Oleh – Amran Klebang


Fatwa derma afdal, PAS wajib jelaskan siapa Ulama' tersebut

PAS datang lagi dengan fatwa terbaru menurut seorang penceramah PAS. Kali ini fatwa derma kepada tabung pilihanraya lebih afdal daripada tabung bina masjid.



Siapa Ulama’ yang dimaksudkan oleh penceramah yang memberi fatwa berkenaan? PAS wajib jelaskan kerana ini soal akidah dan dan bukan bahan mainan.

Seperti lazimnya, PAS serta penceramah mereka akan mengeluarkan apa sahaja dalil dan menunggang Islam bagi ‘MENGHALAL’kan matlamat mereka untuk memenangi Pilihanraya.

Berbondonglah penyokong PAS diperbodohkan oleh penceramah serta pimpinan PAS hanya untuk memastikan mereka menang PRN.

Presiden PAS, Tan Sri Hj Hadi Awang perlu tampil dan menerangkan apa hala tuju PAS dalam Pilihanraya Negeri kali ini. Jika sekadar menjadi ‘KELDAI’ untuk BERSATU tunggang, apa beza PAS yang menunggang Agama untuk kepentingan parti?



Semua maklum, setiap kali berlaku Pilihanraya atau kerjasama baru PAS dengan parti politik lain, dasar serta ucapan mereka akan bertukar. Malah, semua dalil akan digunakan bagi mempertahankan kepercayaan kerjasama poltik yang telah dipilih kepimpinan PAS.

Sampai bila PAS mahu menggunakan kaedah kuno untuk berkempen dan mempengaruhi pengundi? Ada atau tidak mereka (PAS) menggariskan akan membawa pembentangan Undang-Undang Islam ke Dewan Undangan Negeri untuk diluluskan, diselaraskan dan dipraktikkan di Negeri yang PAS akan perintah kelak?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button