Bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah bebas, lepas hukuman gantung

Bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah bebas, lepas hukuman gantung

Bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah bebas, lepas hukuman gantung
Bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah bebas, lepas hukuman gantung

KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram dua tahun lalu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Sebaik keputusan dibacakan Muhammad Jamil, Ismahalil yang berada dalam kandang tertuduh menangis, melakukan sujud syukur dan keluarganya yang berada di galeri awam turut berpelukan dan melahirkan rasa syukur.



Dalam keputusan ringkasnya, Muhammad Jamil berkata pendakwaan gagal membuktikan bahawa tertuduh mempunyai kawalan dan milikan terhadap dadah dalam sebuah beg yang berada dalam sebuah bilik di rumah sewanya.

Pendakwaan juga gagal membuktikan hanya Ismahalil seorang yang mempunyai akses terhadap bilik terbabit, di mana terdapat individu lain termasuk penyampai radio Bapakku FM, kru dan tetamu juga mempunyai akses sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan




Pada 21 Februari lalu, Ismahalil, 49, mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, di sini, pada jam 5.35 petang 27 Ogos 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 12 sebatan.

Bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah bebas, lepas hukuman gantung

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading