Dadah RM14.4 juta dirampas, sindiket sorok dadah dalam pek sabun basuh pakaian

Dadah RM14.4 juta dirampas, sindiket sorok dadah dalam pek sabun basuh pakaian

Dadah RM14.4 juta dirampas, sindiket sorok dadah dalam pek sabun basuh pakaian
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media mengenai kejayaan tangkapan dan rampasan pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM14.4 Juta di IPK Kuala Lumpur. NSTP/Genes Gulitah

KUALA LUMPUR: Satu sindiket pengedaran dadah dikesan menggunakan taktik membungkus dadah dalam paket sabun serbuk cuci pakaian lima kilogram (kg) bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Taktik licik ini berjaya dibongkar dalam empat siri serbuan polis di premis kediaman dan rumah kedai sekitar Cheras dan Klang pada 13 Julai lalu, membabitkan rampasan dadah bernilai RM14.4 juta.

Serbuan dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Polis Kuala Lumpur hasil maklumat dan risikan.



Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, berkata menerusi serbuan bermula jam 1.40 pagi hingga 12.30 tengah hari itu, polis turut menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 32 hingga 61 tahun.

Katanya, hasil pemeriksaan di keempat-empat premis terbabit menjumpai 230.3kg pelbagai dadah terdiri daripada methamphetamine (56kg), ketamin (20kg) dan pil ekstasi (154.3kg) dianggarkan bernilai RM14.4 juta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan




“Siasatan mendapati sindiket ini dipercayai mula aktif sejak awal tahun ini dan fokus mengedar dadah untuk pasaran tempatan termasuk ke Sabah dan Sarawak.

“Bagi penghantaran ke Sabah dan Sarawak, sindiket ini didapati menggunakan khidmat syarikat kurier dan logistik untuk penghantaran menggunakan kontena kapal.

“Bagi mengaburi mata syarikat kurier, syarikat logistik serta pihak berkuasa, sindiket ini menggunakan taktik membungkus dadah dan dimasukkan ke dalam paket sabun serbuk pencuci pakaian,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, sindiket ini dipercayai diseludup masuk ke negara ini dari negara jiran dengan menggunakan jalan darat.



“Semakan mendapati tiga suspek ini masing-masing berperanan sebagai koordinator, pembekal dan penjaga stor, yang mana rumah kediaman dan rumah kedai yang diserbu itu digunakan sebagai stor simpanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Ibarat Ayam Jantan, Kokok Berderai Tapi Ekor Bergelumang Tahi


“Suspek yang berperanan sebagai koordinator didapati bekerja sebagai pemandu e-hailing, manakala dua lagi rakan subahatnya dipercayai bekerja sepenuh masa sebagai pembekal dan penjaga stor,” katanya.



Kamarudin berkata, menerusi serbuan dan tangkapan ini, polis turut menyita beberapa aset dianggarkan bernilai hampir RM390,000 antaranya empat kereta terdiri daripada sebuah BMW, Lexus, Perodua Bezza dan Toyota Vios.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek negatif dadah dan semakan mendapati seorang suspek mempunyai lima rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah.

“Ketiga-tiga suspek kini direman tujuh hari bermula 14 Julai hingga 20 Julai ini untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kita masih mengesan saki baki anggota sindiket ini yang dipercayai masih bebas bagi memastikan mereka semua dapat dibawa ke muka pengadilan,” katanya.



Dadah RM14.4 juta dirampas, sindiket sorok dadah dalam pek sabun basuh pakaian


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button