PSM jamin Piala Dunia Sepak Takraw tiada kontroversi

PSM jamin Piala Dunia Sepak Takraw tiada kontroversi

PSM jamin Piala Dunia Sepak Takraw tiada kontroversi
Majlis Perasmian Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam (tengah) di Kuala Lumpur hari ini. – FB ISTANA MELAKA

KUALA LUMPUR – Malaysia memberi jaminan bahawa Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 tidak akan terganggu dengan sebarang kontroversi yang mampu menjejaskan rentak perlawanan yang membuka tirai secara rasmi di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur esok.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan berkata, pihaknya bersama Persekutuan Sepaktakraw Dunia (Istaf) telah melakukan persiapan terbaik agar tiada lagi isu terutama dari sudut mutu pengadilan dibangkitkan.

Katanya, mesyuarat berkenaan mutu pengadilan telah dilakukan beberapa kali pihaknya terutama dari sudut bantahan agar kejohanan tersebut dapat diadakan dengan jayanya.



“Harapan saya sebab kita sudah melakukan yang terbaik dan saya rasa sebagai tuan rumah, kita menganjurkan kejohanan Piala Dunia yang terbaik berbanding sebelum ini.

“Kita banyak menganjurkan acara, majlis sebelum Piala Dunia bermula dan pada akhirnya, majlis hari ini yang saya rasa begitu besar sekali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Jadikan UiTM Sebagai Modal Politik



PSM jamin Piala Dunia Sepak Takraw tiada kontroversi
SUMALI

“Saya harap tak ada kontroversi. Kita sudah banyak kali bermesyuarat, malam tadi sahaja sudah ada taklimat tentang ‘challenge’ sahaja dan saya difahamkan taklimat itu diberikan oleh Istaf. Kalau ada kontroversi sedikit-sedikit itu biasa, mana ada yang sempurna.

“Apa yang pasti kita sudah melakukan segala-galanya untuk mengelak daripada sebarang isu ataupun kontroversi sewaktu perlawanan.” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Piala Dunia Kuala Lumpur 2024 yang dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini.

Sebanyak 21 buah negara akan berentap dalam kejohanan dunia itu dengan 12 negara akan bersaing dalam kategori Premier termasuk Malaysia manakala sembilan negara berentap dalam Divisyen 1, dibarisi antaranya Iran, Jerman, Arab Saudi dan Pakistan.

Saingan berpasukan yang merupakan acara tumpuan, skuad sepak takraw negara diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Jepun dan Brunei, dan Malaysia perlu sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan untuk layak ke suku akhir.



Dalam kategori regu pula, Malaysia sekali lagi mendapat laluan mudah apabila diundi bersama China dan Brunei dalam Kumpulan B manakala saingan double pula, menyaksikan skuad kebangsaan berada dalam Kumpulan A bersama Jepun dan Brunei. – KOSMO! ONLINE

PSM jamin Piala Dunia Sepak Takraw tiada kontroversi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button