Beli rumah, dapat kereta
Beli rumah, dapat kereta
Dengkil: Pemaju perumahan terkemuka pilihan rakyat, LBS Bina Group Berhad (LBS) meraikan pemilik hartanahnya yang terpilih menerusi kempen LBS Fabulous Extra 2022/23 yang berjaya membawa pulang pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah utama 17 kereta Perodua Axia.
Acara yang berlangsung di galeri jualan KITA @ Cybersouth di sini, menandakan berakhirnya kempen yang menawarkan hadiah lumayan bernilai RM1.5 juta bagi 1,400 orang pembeli hartanah LBS yang bertuah.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Ir Lim Hock San berkata, bagi setiap pembeli rumah, penerimaan kunci rumah baharu menandakan berakhirnya proses pembelian rumah mereka, namun bagi LBS, ia suatu detik permulaan yang istimewa.
Katanya, dengan memiliki hartanah LBS, setiap pemilik akan berpeluang untuk menikmati pelbagai ganjaran istimewa.
“Pada majlis cabutan bertuah Fabulous Extra kali ini, 17 orang pembeli hartanah bertuah berjaya memenangi Perodua Axia baharu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Formula Rafizi: RM3.86 Bersamaan 1USD Ekonomi Teruk, RM4.78 Bersamaan 1USD Ekonomi Mantop
- Pengundi India Akan Menjadi Faktor Penentu Kemenangan Di PRK DUN Kuala Kubu Baharu
- Malaysia akan jadi “Pariah state” jika tidak akur kepada titah Raja
Pembeli hartanah LBS yang lain turut memenangi pelbagai hadiah lain seperti motosikal, set teater rumah dan basikal gunung.
“Ini jelas menunjukkan komitmen LBS yang bukan hanya sekadar menawarkan kediaman, malah kami berhasrat untuk membina hubungan berpanjangan bersama pemilik rumah kami,” katanya di majlis penyampaian hadiah LBS Fabulous Extra 2022/2023 di sini, hari ini.
Selain itu, Lim berkata, LBS juga akan memperkenalkan program kesetiaan pelanggan, LBS Perks and Plusses, khusus bagi setiap pemilik rumah LBS serta menjalin kerjasama dengan lebih 50 rakan kongsi bagi tujuan itu.
Beliau berkata, seperti musim perayaan lain, sempena sambutan Hari Raya ini, LBS juga melancarkan kempen ‘Emas Bling Bling Bersama LBS’ di mana pembeli rumah LBS yang berjaya memiliki rumah idaman mereka sebelum penghujung Mei berpeluang memenangi jongkong emas 999.9.
Acara kemuncak cabutan bertuah LBS Fabulous Extra 2022-23 dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1,500 tetamu terdiri daripada pembeli hartanah LBS dan pemenang cabutan bertuah LBS Fabulous Extra 2022-23.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Janggal Bunyinya Bila Annuar Musa Bercakap Tentang Kesetiaan Kepada Raja
- Boleh Hadi Beritahu Apa Yang Beliau Dan PAS Sudah Bantu Rakyat Palestin?
- Kerana Enggan Ikut Nasihat Najib, Akhirnya Sapura Energy Terlepas Ke Tangan Asing
Sementara itu, pemenang kereta Perodua Axia, Azwan Zakwan, 43, berkata, dia tidak pernah menjangka akan membawa pulang sebuah keerta selepas membeli rumah KITA Bestari.
“Sebelum ini, memang saya pernah membeli rumah di bawah pemaju sama iaitu LBS tetapi tidak menerima sebarang hadiah.
“Tak sangka, kali ini terpilih sebagai penerima hadiah utama. Pada mulanya saya ingat panggilan memberitahu saya memenangi kereta adalah ‘scam’, tapi saya semak semula untuk memastikan ia adalah betul dan ternyata memang benar,” katanya.
Beli rumah, dapat kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Dan Gerakan Berputih Mata, Calon PRK Kuala Kubu Baharu Dari PPBM
- MIC Turun Berkempen, MCA Boikot PRK Kuala Kubu Baharu
- PAS Masih Mencari Dalil Untuk ‘Halalkan Kesalahan’ Anak MB Perlis
- Titah Addendum – Kenyataan dan pendirian Anwar didorong pemegang saham terbesar Pakatan Harapan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.