EPL: Liverpool janji amukan sebenar

EPL: Liverpool janji amukan sebenar

EPL: Liverpool janji amukan sebenar
LIVERPOOL bertekad bangkit memberikan aksi terbaik menentang West Ham malam ini. – AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp bertegas pasukannya belum lagi boleh dianggap ‘cacat’ dan kini bersedia untuk mengecewakan West Ham United menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) seterusnya di Stadium London malam ini.

Walaupun dihimpit kecewa tewas buat kali pertama kepada Everton di Goodison Park sejak 2010, namun Klopp enggan The Reds terus dibuli walaupun sedar ­peluang untuk muncul juara EPL kini semakin pudar.

“Mungkin West Ham sedang menanti kami dan berharap kami ­hadir dengan hanya sebelah kaki. Namun saya akan mencuba segala-galanya untuk tampil le­bih baik berbanding aksi dengan Everton,” katanya.



Sebelum ini, Klopp menyatakan peluang The Reds untuk mencabar kejuaraan hanya akan kembali terbuka sekiranya ­Manchester City dan Arsenal dilanda krisis.

Secara matematik, Liverpool belum lagi tersisih daripada mencabar kejuaraan dan kini harus mengambil kesempatan ke atas West Ham yang turut dilanda si­tuasi sukar sehingga masa depan pengurusnya, David Moyes turut menjadi perdebatan.

Selepas 34 perlawanan, Liverpool kini hanya mampu mengutip 74 mata malah isu prestasi juga menyaksikan The Reds tersingkir daripada Liga Europa. – AGENSI

EPL: Liverpool janji amukan sebenar

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading