Kejutan PRN di Pantai Timur bakal berlaku

Oleh – Bakhtiar Omar


Kejutan PRN di Pantai Timur bakal berlaku

 



Angin perubahan di Pantai Timur semakin kuat berlegar menjelang penamaan calon untuk PRN (Pilihanraya Negeri) pada 29 Julai ini.

Walaupun rekod kemenangan di 2 negeri Pantai Timur milik Perikatan Nasional, rata-rata pengundi sudah mulai sedar.

Jelas sekali kebajikan yang dijanjikan masih belum ditunaikan sepertimana dijanjikan sewaktu membentangkan manifesto PRU15.

Ditambah dengan pelbagai kontroversi melibatkan kerajaan negeri di Terengganu membuka mata dan minda pengundi.



Di Kelantan pula, amarah anak muda terhadap nampak semakin membara apabila tiada solusi dibentangkan untuk kemajuan serta peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada mereka.

Ditambah dengan masalah bekalan air yang telah berlarutan sejak sekian lama, serta berlaku kekeliruan mengenai peruntukan menyelsaikan masalah air menambah kemarahan pengundi.

Walaupun kempen Perikatan Nasional mendapat sambutan baik setiap kali kempen ceramah diadakan, realitinya rakyat mahu tahu apa yang boleh PN berikan sekiranya diberikan mandat menjadi kerajaan negeri.

Setakat ini, apa yang dimomokkan hanyalah kerajaan negeri bawah Perikatan Nasional akan menjadi ‘check and balance’ bagi Kerajaan Perpaduan.



PERIKATAN NASIONAL HANYA MAHU BERKUASA DI PUTRAJAYA

 

Selain itu, cita-cita Perikatan Nasional hanyalah mengambil alih kuasa Putrajaya. Soal bagaimana mahu mentadbir negara serta ekonomi, pengundi diminta memberi undi terlebih dahulu barulah mereka akan disajikan dengan formula Perikatan Nasional.

Kempen Perikatan Nasional tidak hanya tertumpu di ceramah berdepan rakyat, malah penggunaan media sosial terutama Tik Tok turut dijadikan platform.



Tidak ada sebarang pembentangan berkaitan ekonomi, pembangunan belia, pembangunan negeri dibincangkan dan perbincangan sekadar perbincangan kosong tanpa solusi. 

Ini semua diperhatikan oleh pengundi muda kerana bagi mereka kepercayaan telah diberikan pada PRU15 tetapi hakikat sebenar PN selepas mendapat sokongan tinggal retorik politik.

Inilah antara elemen kejutan yang bakal berlaku di Pantai Timur nanti. Benar, perang saraf menggunakan bendera nampak dikuasai oleh Perikatan Nasional tetapi RASIONAL ANAK MUDA bukan lagi pada manifesto sahaja. 

Mereka mahukan bukti serta kerja keras kerajaan membela kebajikan rakyat dan mengutamakan ekonomi dan pembangunan yang akan memberi keselesaan buat rakyat.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button