Benteng Speedy Tigers masih rapuh

Benteng Speedy Tigers masih rapuh

Benteng Speedy Tigers masih rapuh
AZIMUDDIN Kamaruddin meraikan jaringan ketika membantu Malaysia menewaskan Kanada 6-2 di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam kelmarin.

KETUA jurulatih skuad hoki kebangsaan, Sarjit Singh menyifatkan barisan pertahanan pasukan itu masih bermasalah apabila sudah melepaskan tujuh gol selepas mengharungi dua perlawanan pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 di Ipoh, Perak.

Pada aksi sulung bertemu Pakistan Sabtu lalu, Malaysia melepaskan lima gol apabila tewas 4-5 sebelum bolos dua jaringan ketika membelasah Kanada 6-2 dalam perlawanan kedua malam kelmarin.

Justeru, Sarjit menggesa Speedy Tigers supaya bangkit dengan aksi lebih baik menjelang pertemuan menentang pasukan No. 10 dunia, New Zealand yang dijadualkan berlangsung malam ini.



“Barisan pertahanan masih bermasalah kerana kita melepaskan gol mudah kepada pihak lawan. Kita menjaringkan gol dalam tempoh singkat tetapi masih melepaskan gol mudah kepada pihak lawan.

“Barisan pertahanan perlu dikukuhkan dan diperbaiki. Bagaimanapun, saya ingin jelaskan bahawa ini adalah pasukan muda, jadi memerlukan sedikit masa bagi mendapatkan keserasian,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ada cara lain untuk bebaskan Najib – Zahid




Meskipun mendapat tonik tambahan selepas menewaskan Kanada, namun Malaysia perlu berwaspada menjelang pertemuan dengan New Zealand memandangkan skuad Black Sticks itu ibarat harimau sedang terluka selepas tewas 1-4 kepada Jepun.

Mengulas pertemuan dengan Kanada, Sarjit berkata, beliau berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan anak-anak buahnya selain memuji komitmen ditunjukkan barisan pemain sepanjang perlawanan itu.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan prestasi dan komitmen yang ditunjukkan semua pemain. Bagi saya, itu yang mahu dilihat meskipun masih banyak perlu diperbaiki,” ujarnya.



Sebagai rekod, Malaysia turun pada kejohanan berprestij itu selaku juara bertahan selepas memenangi edisi 2022 dengan menewaskan Korea Selatan 3-2 di perlawanan akhir.

Benteng Speedy Tigers masih rapuh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Demi RM, Harga Diri Di Tolak Tepi



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button