Hajiji kuarantin kendiri, hanya spekulasi dimasukkan ke hospital – Masidi

Menteri Kewangan II  Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun

KOTA KINABALU, 9 Okt  — Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menjalani kuarantin kendiri secara sukarela setelah terdedah kepada individu positif COVID-19, kata Menteri Kewangan II  Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Masidi, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata dakwaan di media sosial bahawa Hajiji dan isteri Datin Julia Salag telah dimasukkan ke hospital adalah tidak benar.

“Sukar untuk menghentikan spekulasi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Sebelum ini, tular satu laporan di media sosial yang mendakwa Hajiji dan Julia telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth di sini setelah didapati positif COVID-19.



Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong, dalam satu kenyataan memaklumkan Hajiji akan menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu setelah terdedah kepada individu positif COVID-19.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button