‘Cinta’ sebelum jerat buat pelaburan antara taktik baru ‘love scam’

Oleh – Syeikh Baran


'Cinta' sebelum jerat buat pelaburan antara taktik baru 'love scam'
Gambar Hiasan

Pancing dengan perasaan dan cinta di media sosial sebelum dijerat sindiket penipuan untuk membuat pelaburan antara taktik baharu ‘love scam’ yang dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya percaya terdapat ramai individu atau mangsa yang tidak buat laporan polis babit kes penipuan ini.



Menurutnya, ini kerana ‘love scam’ ini adalah jenayah yang membabitkan ‘personal’ (peribadi) individu berkaitan terutama orang berseorangan.

“Mangsa kebanyakan terdiri daripada mereka yang mempunyai banyak masa layari sosial media akhirnya terjebak.

“Kemudian daripada pertalian ini bermulalah menjadi seolah percintaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Tayangan Perdana Filem Oppa di sini hari ini.

Ramli berkata, taktik terbaharu sindiket adalah untuk membina talian percintaan dan akhirnya menceritakan peluang pelaburan sehinggalah mangsa terjebak melabur.



“Ada kes tahun lepas kita siasat seorang wanita rugi RM4 juta akibat kes sedemikian,” katanya.

Katanya, percintaan melalui media sosial seperti Facebook kebanyakan adalah tidak benar, bila diketahui sebenarnya ia sangat memilukan.

“Ada juga golongan isteri yang diperdaya hingga mengakibatkan keruntugan rumah tangga dan lari mengikut scammer terbabit.

“Ini adalah kes benar daripada fail polis,” katanya.



Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading