Tengku Zafrul diberi peranan baharu di luar UMNO, BN

Oleh – Syeikh Baran


Tengku Zafrul diberi peranan baharu di luar UMNO, BN
Bekas Bendahari UMNO Selangor,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kini diberi mandat baharu untuk menyusun strategi dan melakukan sesuatu dari segi politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN). – Foto fail NSTP/Asyraf Hamzah

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang meletakkan jawatan sebagai Bendahari UMNO Selangor pada 1 April lalu, kini diberi tugas baharu di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Mengumumkan perkara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sendiri akan memantau prestasi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berkenaan dengan peranan baharunya itu secara dekat.



“Saya bincang dengan Tengku Zafrul. Ada tugas lain yang saya berikan kepada beliau (iaitu) untuk menyusun strategi dan melakukan sesuatu dari segi politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Tugas itu beliau dan saya tahu. Insya-Allah saya akan pantau prestasinya dan yakin beliau boleh melakukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan-cawangan UMNO Bahagian Hulu Selangor dan jamuan Aidilfitri di Dewan Al-Ghazali, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohd Isa Abu Kasim.



Pada 6 April lalu, Tengku Zafrul dilaporkan mencadangkan lima cara untuk mengembalikan kegemilangan UMNO di Selangor.

Antaranya, jika UMNO negeri itu tidak mengubah budayanya, walau sebanyak mana pun perancangan dan visi yang ditetapkan ia akan terus kekal tanpa kuasa.

Ketika ditanya mengenai keputusan Tengku Zafrul meletakkan jawatan, Ahmad Zahid berkata beliau dan parti menghormati keputusan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu.

“Tak apa (sudah selesai). Saya sudah jumpa beliau dengan Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor),” katanya.



Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading