Teruja teroka Pulau Perhentian

Keindahan Pulau Perhentian jadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara. - Foto hiasan
Keindahan Pulau Perhentian jadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara. – Foto hiasan

 

RIBUAN pelancong dari dalam dan luar negara bertali arus menaiki bot mengambil kesempatan bercuti di beberapa pulau sekitar Pulau Perhentian. Itulah suasana dapat disaksikan sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada Mac lalu.

Bagaimanapun, kesibukan tidak sehebat sebelum ini apabila kerajaan Malaysia dan hampir semua negara di seluruh dunia masih belum membuka pintu sempadan untuk kemasukan pelancong asing.

Namun, sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kelibat pengunjung semakin ramai tiba di pulau itu.



Tinjauan mendapati, mereka berkunjung ke Terengganu pasti tidak melepaskan peluang meneroka pulau yang menjadi tumpuan pelancong iaitu Pulau Perhentian, Pulau Besar, Pulau Senoikelin dan Pulau Rawa.

Seorang pengunjung dari Gua Musang, Mohd Roslan Ahmad, 45, berkata beliau sudah lama menyimpan hasrat untuk bercuti ke pulau itu bersama keluarga.

Katanya, sebelum ini terhalang dengan PKP berikutan penularan COVID-19, pada Mac lalu dan terpaksa membatalkan lawatan itu.

 



Percutian mengujakan dengan melakukan pelbagai aktiviti di Pulau Perhentian. - NSTP/Ramli Ibrahim
Percutian mengujakan dengan melakukan pelbagai aktiviti di Pulau Perhentian. – NSTP/Ramli Ibrahim

 

“Kali ini kami tunaikan janji untuk bercuti bersama keluarga. Kami takut tertangguh sekali lagi untuk bercuti ke pulau itu jika kerajaan menguatkuasa semula PKP,” katanya.

Keindahan pulau jadi tumpuan

Menurut seorang lagi pengunjung dari Selangor, Asraf Amiruddin, 38, beliau juga memang sudah lama mengidamkan untuk ke Pulau Perhentian apabila teruja melihat banyak di internet memaparkan mengenai keindahan lokasi itu.



Katanya, ia mengambil masa dua hari untuk membuat tempatan pakej yang disediakan dan akhirnya dapat bercuti ke pusat pelancongan terkenal itu.

“Kami datang ke sini bersama empat beranak dan langkah segera bercuti ke pulau itu bimbang kerajaan menguatkuasa semula PKP kerana peningkatan COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, pulau pelancongan itu juga bakal ditutup 15 Oktober ini kerana perubahan angin monsun musim tengkujuh.

“Bukan sahaja saya bersama keluarga datang bercuti ke pulau ini, tetapi rakan lain kerana jika tangguh mungkin Mac tahun depan pula baru boleh datang ke sini,” katanya.



Memang beliau bersama isteri dan anak teruja dapat berkunjung ke pusat pelancongan itu dan melihat suasana keindahannya.

“Lebih seronok sekali dapat berkunjung ke tempat sebuah pulau yang menjadi lokasi penyu berkumpul yang tidak pernah dilihat sebelum ini, “katanya.

Kurang pelancong asing

Pemilik bot pelancong, Che Mohd Ezamry Che Ramli, 40, berkata sejak operasi botnya dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian dua tahun lalu tidak putus menerima tempahan.



 

Orang ramai mula membanjiri Pulau Perhentian selepas dibenarkan rentas negeri tetapi dengan SOP ketat. - NSTP/Ramli Ibrahim
Orang ramai mula membanjiri Pulau Perhentian selepas dibenarkan rentas negeri tetapi dengan SOP ketat. – NSTP/Ramli Ibrahim

 

Katanya, kebanyakan ramai pelancong minat berkunjung ke Pulau Perhentian itu berikutan jarak perjalanan dengan bot juga lama.

Sepanjang perjalanan itu juga dapat lihat suasana keindahan beberapa pulau yang menjadi tumpuan pelancong.



“Kedatangan pelancong asing ke pulau itu tiada sejak penularan pandemik itu. Yang ada pelancong adalah mereka yang sudah ada di negara ini.

Media Usah Keluar Berita Cetus Panik – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button