Ketahuilah Siapa Mereka Didalam Tetingkap 10/40 (Window 10/40)- Video

Terlalu asyik berpolitik, mengejar kuasa, jawatan dan kekayaan, kadang kala manusia lupa pada tanggungjawab untuk mempertahankan Agama  yang mereka anuti sendiri.  Politikus ini lupa bahawa ancaman terhadap agama Islam dari kepelbagaian sudut telah dikembangkan dalam pelbagai cara.

Politikus terus diulit mimpi  untuk berkuasa dengan limpahan wang ringgit serta jawatan sedangkan ada pihak terus mengumpan mereka untuk melupakan tanggungjawab yang lebih penting dari segalanya.

Berfikirla dengan waras terutama penyokong dan politikus UMNO, PAS, PPBM, PKR dan PAN yang hanya dicucuk hidung mengikut apa sahaja kata kata ketua korang tanpa bantahan. Baca dengan teliti!! politik bukan  sekadar menperjuangkan isu-isu dihadapan mata malahan  ianya perlu dikaji  kenapa ianya berlaku, sebab nya berlaku, perlukan penentangan, atau sebaliknya.



Hidup dan kehidupan manusia amat berkait rapat dengan angka atau nombor! Kenyataan yang agak keterlaluan tetapi satu hipotesis yang dapat dibuktikan secara lahiriah dan nyata.

Angka atau nombor digunakan dalam penyataan sejarah sebagai bukti pensejarahan, latar peristiwa dan pentarikhan. Angka-angka juga digunakan sebagai elemen menunjukkan bilangan benda, menyelesaikan masalah pengiraan juga nisbah dan komposisi dalam bidang penciptaan, bidang penyelidikan dan teknologi.

Malahan dalam kehidupan seharian pun, anda tidak akan betah jika semua nombor dan angka di sekeliling anda digantikan dengan benda lain.

´Windows 10/40´? Adakah nombor pada perkataan ´windows´ itu menunjukkan siri sebuah perisian? Atau ia sebuah jenama kepada tetingkap komputer yang bakal digunakan oleh jutaan penduduk dunia?



Mungkin juga ´Windows 10/40´ itu judul sebuah ´filem thriller´ karya Steven Speilberg yang masih dalam pembikinan dan penyuntingan? Sebenarnya, ´Windows 10/40´ sesuatu yang amat asing bagi masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Islam.

Angka 10/40 yang tertera di belakang perkataan ´Windows´ itu terkandung konotasi yang harus dilihat secara ilmiah oleh semua umat Islam di Malaysia.

Pada peta dunia – Malaysia terletak pada garis lintang latitud dan magnitud 10 dan 40 (sumber: info Berita Harian). Majalah ´The Minaret´ yang diterbitkan oleh California Islamic Centre, Malaysia tersenarai dalam salah sebuah lokasi gerakan Kristianisasi terancang.

Matlamat utama gerakan di sekitar latitud dan magnitud 10/40 itu untuk memesongkan akidah umat Islam supaya bertunjangkan ajaran Kristian. Inilah yang termaktub dalam gerakan ´Windows 10/40.



´Windows International Network´ (WIN) yang ditubuhkan pada 1999, bercadang menggerakkan 40 juta penganut Kristian untuk menyebarkan ajaran itu ke 67 buah negara. Sisters Beverly Pegues, pengarang ´WindoWatchman 1´ dan editor WindoWatchman II´ merupakan pengasas, Presiden dan CEO kepada gerakan ini. Pegangan utama Sisters Beverly Pegues dalam mentafsirkan gerakan ini berpandukan kepada Bible Genesis ayat 1:26;

Rasul tertinggi yang dinyatakan kepada umat manusia bukanlah seperti yang dinyatakan umat Islam iaitu Nabi Muhmamad s.a.w sebaliknya adalah Jesus Christ (Isa Al-Masih) sebagai pembawa kebenaran.

Keinginan untuk menghapuskan Islam yang muncul sebagai agama paling dominan di dunia (penganut paling ramai) di samping agama Hindu dan Buddha menjadi teras perlaksanaan gerakan Windows 10/40.



Sebilangan besar orang di jendela 10/40 tidak pernah bertemu dengan seorang Kristian, melihat Alkitab, atau memasuki gereja. Hal yang amat mengusarkan para massionaries walaupun mereka dibekalkan dengan ratusan juta peruntukan.

“Pergilah kamu ke seluruh dunia dan khabarkan Injil kepada setiap makhluk yang berada didalam  “window 10/40.”

Lakukan apa sahaja untuk anda menguasai Agama didalam Tetingkap 10/40. Mereka ini adalah dikalangan penganut  Islam, Hindu, Buddha, Atheisme.

Menurut Bryant L Myers, faktor kemiskinan yang melanda di negara-negara sekitar 10/40 merupakan satu kelebihan untuk melebarkan gerakan Kristianisasi sebagai salah satu program pembasmian kemiskinan.



´Windows 10/40´ menggariskan empat panduan khusus kepada semua masyarakat Kristian di dunia.

Matlamat utama mereka adalah menyebarkan dakyah Kristian kepada populasi bukan Kristian (majoritinya penganut Islam) di garisan latitud dan magnitud 10/40 seperti Afrika, benua Arab dan Asia.

Antara panduan yang terkandung dalam manifesto ´Windows 10/40´, masyarakat Kristian seluruh dunia harus bersembahyang dan berdoa kepada Jesus supaya penduduk di kawasan sasaran menerima ´hidayah´ dan Kristian sebagai agama.

Bagi melaksanakan impian tersebut, mereka disarankan supaya mendekati masyarakat di negara-negara yang terlibat melalui pelbagai cara seperti melancong ke negara-negara ´Windows 10/40´.



Justeru, untuk memudahkan penerimaan masyarakat yang majoritinya Muslim, penganut-penganut Kristian menggunakan pendekatan bijak dalam mendekati golongan sasaran.

Berselindung atas nama badan-badan kebajikan – menghulurkan bantuan kemanusiaan, mewujudkan rumah-rumah kebajikan; cara terbaik yang diberikan oleh pengasas ´Windows 10/40´.

Secara tidak langsung, individu yang menerima ´bantuan´ dan terpedaya dengan helah sedemikian rupa mudah dipujuk untuk beralih pegangan sekaligus dimurtadkan.

Gerakan memurtadkan orang-orang Islam di bumi Malaysia ini telah berlaku sejak sekian lama. Kedatangan Portugis pada 1511 di bumi Melaka – Alfonso de Albuqurque membawa bersama para pendakwah kristian dalam misi 3G (Goal, Gospel and Glory) di bumi yang dinamakan ´Semenanjung Emas´. Ekoran itu, terbina A Famosa sebagai kota tempat berlindung bagi orang-orang Portugis.

Sejarah tidak pernah menipu manusia tetapi manusia yang sering ditipu oleh sejarah. Satu lagi pernyataan yang seakan bersifat prejudis tetapi dapat dibuktikan melalui catatan sejarah.

Zahid: Timbang semula sokong PN tiada kaitan kes mahkamah

Zahid: Timbang semula sokong PN tiada kaitan kes mahkamah

Zahid: Timbang semula sokong PN tiada kaitan kes mahkamah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button