Luqman Hakim ledak gol kemenangan
KUALA LUMPUR: Pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin meledak gol kemenangan bagi membantu skuad Bawah 21 Tahun (B-21) KV Kortrijk menewaskan KFCO Beerschot Wilrijk, 1-0 pada aksi Kumpulan 2 Liga Belgium B-21 hari ini.
Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan Luqman Hakim menerusi tandukan itu hadir pada minit ke-83, menurut laman sesawang https://azscore.com/football/game/kfco-beerschot-wilrijk-kv-kortrijk-202… dan ciapan Twitter @pemain_ke_12.
Ia merupakan kemenangan keempat KV Kortrijk selepas mengharungi enam perlawanan dan menyaksikan kelab itu kini berada di kedudukan keempat dengan mengumpul 14 mata.
Luqman Hakim, 18, berlepas ke Belgium pada Ogos lalu menandatangani kontrak lima tahun bersama KV Kortrijk yang dimiliki taikun perniagaan Malaysia Tan Sri Vincent Tan. – BERNAMA