Haram bawa pulang makanan dari masjid

Oleh – Syeikh Baran


Haram bawa pulang makanan dari masjid
Ustaz Azhar Idrus

Haram hukumnya jika jemaah membawa pulang makanan dari masjid tanpa keizinan.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, makanan dari masjid adalah haram dibawa pulang kerana makanan itu adalah hak orang ramai.



“Memang tidak boleh bawa pulang makanan dari masjid ke rumah, ramai kan kita tengok jemaah berbuat demikian.

“Boleh bawa pulang sekiranya makanan tersebut mempunyai lebihan, jadi kita boleh bawa pulang kerana akan jadi rosak dan membazir.

“Jika sebaliknya, hukum membawa pulang makanan itu adalah haram,” kata Azhar dalam satu sesi ceramahnya baru-baru ini.

Tambahnya lagi, bab hukum makan adalah benda yang paling penting untuk kita fahamkan kerana boleh menggelapkan hati si pemakan benda haram.



“Nabi dah cakap bab makan ni jangan kerana bagi sesiapa yang makan benda haram boleh dihumban ke dalam neraka kelak.

“Itulah orang kita, kalau tengok bab makan ni semua kelabu mata, padahal nasi kerabu harga RM1.50 sahaja tapi itulah memang dah perangai orang kita,” katanya lagi.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button